Kami Telah Berhijrah!

Buat sahabat-sahabat Pembina Terengganu yang dikasihi Allah..

Kami telah berhijrah ke laman web baru.
Sila ikuti perkembangan kami di laman web PEMBINA TERENGGANU DOT COM

Nilai Sekeping Keputusan SPM (Bahagian 1)


Mengimbau kembali kenangan 10 tahun dahulu, ketika tangan terketar-ketar menyambut sijil keputusan SPM dari kerani sekolah. Anda mungkin menghadapi situasi yang sama atau mungkin lebih tenang dan yakin menghadapinya.
Pada hari keputusan diumumkan, saya telah dihubungi oleh beberapa orang adik-adik yang pernah menghadiri program-program PEMBINA yang lepas. Ada yang gembira tak terhingga…ada yang bersederhana dan redha …ada yang kecewa dan putus harapan. Pelbagai reaksi dan ragam. Bagi yg cemerlang, saya hamburkan ucapan tahniah dan pujian selain mengingatkan mereka kejayaan ni datangnya dari Allah dan padaNYA kita perlu bersyukur. Bagi yang kurang cemerlang, perbualan kami lebih kepada nada pujuk memujuk yang diselang-selikan dengan harapan dan motivasi.

Apa nilai keputusan SPM dalam kehidupan kita….?
Jawapan biasa..SPM penting sebagai penilaian utama untuk melajutkan pelajaran ke menara gading atau peringkat pendidikan yang lebih tinggi.
SPM juga sangat berkuasa sehingga boleh membolak-balikkan emosi dan perasaan.

Lagi….?

Mungkin sesetengah majikan akan membelek-belek sijil SPM untuk jawatan-jawatan rendah dan kurang kritikal sebagai contoh jurujual sambilan di kedai-kedai serbaneka atau yang seumpama dengannya.SPM yang menghantui kehidupan pelajar-pelajar sekolah menengah akan hanya bermakna untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya…tak lebih dari itu.

Janganlah salah faham dengan dengan kenyataan ini dan bukan juga merendah-rendahkan nilai keputusan SPM. Sekadar cuba berfikir dari sudut yang lebih rasional dan realistik. Saya cuba memberi harapan bagi pelajar-pelajar yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Bukanlah bermakna peluang mendapat masa depan yang baik telah tertutup jika gagal mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Sedar atau tidak, gejala sosial di kalangan lepasan SPM banyak berpunca dari kegagalan seseorang melanjutkan pelajarannya ke peringkat seterusnya. Sifat putus asa dan harapan menjadikan mereka bersikap pesimis dan negatif terhadap nasib yang menimpa mereka…apa nak buat, nasib badan! Maka berpeleseranlah remaja “kita” tanpa haluan ke sana sini.

Bukankah Allah telah berfirman dalam ayat ke-11 surah ar-Ra’du:
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri”
SPM bukan segala-segalanya dalam hidup…

Bagi yang cemerlang dalam SPM, keputusan ada bukanlah suatu jaminan untuk menjamin masa depan yang baik. SPM hanya “tiket” ke pintu masuk IPT. Di IPT lain pula ceritanya…..

Berapa banyak kisah yang kita dengan dengan gejala-gejala negatif di kalangan mahasiswa IPT tempatan yang sebelum ini berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Dari seks luar nikah, penagihan dadah, sehinggalah ke masalah pelacuran.
Itu kes yang berat-berat. Tak kurang juga dengan daya saing yang lemah mahasiswa “kita” berbanding bangsa-bangsa yang lain. Keputusan yang cukup-cukup makan dan sikap sambil lewa di kuliah sangat sinonim dengan “kita”. Buktinya kita boleh lihat dengan membandingkan pencapaian mahasiswa “kita” dengan bangsa-bangsa lain. Berapa ramai jumlah “kita” yang berada di senarai dekan berbanding mahasiswa-mahsiswa lain yang begitu minoriti dalam populasi IPTA.

Bukan mengeji bangsa sendiri, Cuma mengapa daya saing mahasiswa-mahasiswa Melayu amat jauh ditinggalkan dengan bangsa-bangsa lain? Biasiswa dah dapat subsidi dah diberi, tapi masih tak cukup. Di lapangan temuduga, pelajar-pelajar kita sering mengalami kegagalan bersaing. “Kita” gagal menawarkan pakej yang lengkap sepertimana yang dikehendaki oleh majikan masa kini. Bila gagal dapat kerja, mulalah kecewa dan akhirnya lepak sana sini. Seolah-olah periuk nasi dan rezeki Allah telah tertutup baginya.

Sedar atau tidak, dianggarkan lebih 70,000 jawatan kosong di sektor awam dan swasta di dalam negara ini dan lebih 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh para graduan siswazah. Tetapi sikap tidak proaktif dan terlalu memilih kerjaya menjadi faktor mengapa masalah pengangguran di kalangan graduan “kita” masih tinggi. Keupayaan untuk menguasai perkembangan semasa di luar bidang pengajian amat terhad. Contohnya, graduan kejuruteraan hanya mahu jadi jurutera saja…. Jawatan lain tak minat. Kata mereka, ianya di luar bidang. Budaya pemikiran klasik di kalangan graduan “kita” ini harus dihakis untuk menjamin daya saing yang lebih kompetitif.

Di mana salahnya? Apa yang kurangnya dengan “kita”…?
SKIL KEHIDUPAN…..

Mohd Nasrul Muhaimin bin Mohd Taib
Pengerusi Pembina Terengganu
ir_mnm08@yahoo.com

AGM 2010 Mencatat Sejarah Bersama ISMA

Tanggal 13 Februari 2010 merupakan hari yang bersejarah buat seluruh warga PEMBINA dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA peringkat pusat buat kali ke-3 yang bertempat di Auditorium, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Mantan Presiden PEMBINA Dr. Kamil Azmi bin Tohiran. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh tentang peri penting sebuah organisasi yang menyediakan platform yang sihat serta berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam membimbing belia ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Perbincangan Antara Bekas Pimpinan PEMBINA

Ucapan ini seterusnya menjadi muqaddimah kepada asbab PEMBINA memilih Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai rakan strategik untuk membangunkan sumber manusia dalam kerangka pendidikan islami yang sempurna. Hal ini kemudian diterjemahkan dalam upacara memeterai perjanjian persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU) yang ditandatangani oleh mantan Presiden PEMBINA, Dr. Kamil Tohiran serta Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman.

Sesi Menandatangani MOU antara PEMBINA dan ISMA.

ISMA - Rakan Strategik PEMBINA

Agenda AGM diteruskan lagi dengan sesi pembentangan aktiviti-aktiviti PEMBINA oleh mantan Setiausaha Agung, saudara Jalil Husni bin Yahaya serta laporan kewangan oleh mantan Bendahari PEMBINA, saudara Mohd Zuraidi bin Zakaria. Alhamdulillah, kami bagi pihak Pembina Terengganu berasa amat bersyukur, dalam masa yang singkat, PEMBINA secara keseluruhan, dengan izinNya dapat mencapai tahap perkembangan yang memberangsangkan.

Pembubaran Jawatankuasa Pusat yang lama berganti dengan pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat yang baharu. Berikut adalah senarai kepimpinan PEMBINA bermula sesi 2010:

Presiden: Zaizul Azizi bin Zaman

Timbalan Presiden: Norzafry bin Norhalim

Naib Presiden 1: Ibrahim bin M Hasan

Naib Presiden 2: Nor Hasni Hayati bt Hanapi

AJK: 1) Muadz bin Mohd Zain 2) Tg. Asyraf  3)Ahmad Syukri

Majlis berakhir kira-kira pada jam 2 petang setelah disulami dengan ucapan pertama Presiden saf kempimpinan baru PEMBINA, saudara Zaizul Azizi bin Zaman. Beliau mengucapkan setinggi syukur kepadaNya serta amat berterima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh barisan kepimpinan yang terdahulu. Semoga Allah memberkati barisan kepimpinan yang baharu ini serta bersama-sama dengan PEMBINA dalam merealisasikan hasrat murninya bagi membina belia yang beriman dan berjasa!

(sumber: http://www.pembina.com.my)

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010 (SABTU)

TEMPAT : DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), BANGI.

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

INFO : HTTP://KOBANNA. ISMAWEB.NET

Kepada pembaca yang tinggal di sekitar Terengganu dan berminat untuk turut bersama, bolehlah menghubungi mana-mana wakil2 PEMBINA Terengganu untuk urusan selanjutnya. KLIK DISINI

Continue reading

PTPTN Oh PTPTN!

Sebagai pelajar intitusi pengajian tinggi belia/beliawanis di negara ini pastinya tidak asing dengan istilah PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Walaupun penubuhan PTPTN bertujuan baik iaitu untuk membiayai pengajian pelajar Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi, namun sistem pinjaman dan bayaran balik yang digunakan oleh PTPTN dilihat tidak begitu menepati garis panduan Shariah Islam. Para peminjam dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman beserta dengan tambahan 3% (daripada jumlah pinjaman) yang diistilahkan sebagai kos pentadbiran/perkhidmatan oleh pihak PTPTN setelah tamat pengajian.

Untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan isu Shariah PTPTN, Pembina ingin berkongsi komentar yang diberikan oleh pakar kewangan Islam dan penasihat Shariah beberapa bank dan syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. (dipetik dari http://www.zaharuddin.netContinue reading

KLS ’09: pendedahan berguna untuk lepasan SPM

RANTAU ABANG, 18 DIS 09 – Pada 18 hingga 19 Disember yang lepas, seramai 70 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program yang telah menjadi program tahunan PEMBINA Terengganu yang dinanti-nantikan pelajar lepasan SPM. Kem yang diadakan selama 2 hari 1 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM melanajutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Ada Apa Selepas SPM?, Ujian Personaliti & Pemilihan Bidang, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa dan Perkongsian Pengalaman.

Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini.

PEMBINA Terengganu telah mengeluarkan CD edisi KLS ’09 yang mengandungi bahan-bahan pembentangan KLS ’09, foto-foto dan video klip program KLS yang lepas. Harga RM5 termasuk penghantaran. Bagi yang berminat memiliki CD edisi khas KLS ’09, boleh menempahnya pada individu berikut:

1.  Mohd Aiman Bin Bustamin:  012-6941450

2. Ainul Huda Binti Jamil: 017-7790910

KLS pada kali ini juga turut berbesar hati apabila telah menerima kunjungan Pegawai di Kementerian Belia dan Sukan Daerah Dungun, Encik Zul Bahari yang telah merasmikan majlis penutup KLS ’09. PEMBINA Terengganu mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana terus menerus memberi sokongan dan galakan kepada PEMBINA untuk menggerakkan aktivisme di kalangan belia setempat

Continue reading

Download Takwim dan Perancang Tahunan Edisi 2010 – PEMBINA Terengganu

Download (Klik pada icon di bawah):

Perancang Tahunan PEMBINA Terengganu 2010

Kalender PEMBINA Terengganu 2010

Buku Panduan Lepasan SPM – Edisi KLS (Terengganu) ’09

Sempena Kem Lepasan SPM ’09 yang dianjurkan oleh PEMBINA Terengganu, sebuah buku panduan yang akan membantu lepasan SPM 09 melanjutkan pelajaran ke IPT telah dihasilkan. Buku Panduan Lepasan SPM 09, boleh didownload di link berikut:

Download Buku Lepasan SPM 09

KARNIVAL SUKAN BELIA ISLAM NASIONAL 2009

Mempersembahkan

KARNIVAL SUKAN BELIA ISLAM NASIONAL 2009

KASBI NASIONAL 09

Sekadar memaklumkan kepada semua kerana pada tarikh yang sama, pihak kami (PEMBINA Terengganu) sedang melangsungkan Kem Lepasan SPM 2009 (KLS 09).

Wassalamu’alaikum wbth.

Jom sertai Kem Lepasan SPM 09 !!

KEM LEPASAN SPM 2009

TERENGGANU

DAHIMAH’S GUEST HOUSE, RANTAU ABANG

18-19 DISEMBER 2009 (JUMAAT & SABTU)

Kem Lepasan SPM 09 muka depan

Kem Lepasan SPM 09 muka belakang