Pengenalan PEMBINA Bersama Sukarelawan Kemaman

Pada 17/7 yang lalu Alhamdulillah, PEMBINA Terengganu dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Ranaco Education & Training Institute (RETI) telah berjaya mengadakan Program Pengenalan PEMBINA bersama sukarelawan di kawasan Kemaman. Program ini telah dimeriahkan oleh lebih daripada 40 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar RETI. Bertempat di dewan kuliah D, program dimulakan tepat jam 4:30 ptg. Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Ahmad Sayuti Husin(PEMBINA Ranaco Kemaman).

pic1

Majlis telah dimulakan dengan tayangan video korporat PEMBINA. Seterusnya, saudara Nurul Azmir Nadzar(PEMBINA Kemaman) tampil untuk memberi penerangan ringkas tentang PEMBINA Terengganu. Dua sesi ini dilihat berjaya menarik minat para peserta untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan yang dimainkan oleh PEMBINA dalam membangunkan para belia negara ini. Antara lain, sesi ini turut memberi kesedaran kepada peserta-peserta tentang besarnya peranan yang perlu dimainkan para belia dalam meneraju pembangunan Islam serta Malaysia di masa akan datang.

pic2

Kemudian, program diteruskan dengan sesi penerangan perancangan PEMBINA Terengganu untuk mengadakan program lawatan ke rumah fakir miskin di sekitar Terengganu Selatan pada bulan Ramadhan ini. Program ini bakal melibatkan ahli serta para sukarelawan yang mahu merasai makna Ramadhan yang lebih istimewa daripada biasa. Ia juga bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk merasai sedikit kebahagiaan di bulan penuh berkat ini.

pic3

Majlis tamat sekitar jam 5:40 petang. Sebelum menamatkan majlis, saudara Nurul Azmir Nadzar turut menayangkan satu video motivasi yang menekankan betapa manusia punya potensi yang sangat tinggi namun jarang sekali disedari. Buat manfaat semua, video tersebut turut boleh ditonton di bawah.

Akhirnya, majlis ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada sukarelawan untuk terus aktif bersama PEMBINA. Semoga PEMBINA Terengganu terus komited dalam meneruskan agenda umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia secara amnya.

One Response

  1. sangat bermakna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: