KLS ’09: pendedahan berguna untuk lepasan SPM

RANTAU ABANG, 18 DIS 09 – Pada 18 hingga 19 Disember yang lepas, seramai 70 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program yang telah menjadi program tahunan PEMBINA Terengganu yang dinanti-nantikan pelajar lepasan SPM. Kem yang diadakan selama 2 hari 1 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM melanajutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Ada Apa Selepas SPM?, Ujian Personaliti & Pemilihan Bidang, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa dan Perkongsian Pengalaman.

Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini.

PEMBINA Terengganu telah mengeluarkan CD edisi KLS ’09 yang mengandungi bahan-bahan pembentangan KLS ’09, foto-foto dan video klip program KLS yang lepas. Harga RM5 termasuk penghantaran. Bagi yang berminat memiliki CD edisi khas KLS ’09, boleh menempahnya pada individu berikut:

1.  Mohd Aiman Bin Bustamin:  012-6941450

2. Ainul Huda Binti Jamil: 017-7790910

KLS pada kali ini juga turut berbesar hati apabila telah menerima kunjungan Pegawai di Kementerian Belia dan Sukan Daerah Dungun, Encik Zul Bahari yang telah merasmikan majlis penutup KLS ’09. PEMBINA Terengganu mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana terus menerus memberi sokongan dan galakan kepada PEMBINA untuk menggerakkan aktivisme di kalangan belia setempat

Continue reading

Advertisements

Kuliah Bulanan PEMBINA Ranaco, Kemaman

6 November 2009, Kemaman – PEMBINA Kemaman dengan kerjasama para aktivis PEMBINA Ranaco telah berjaya mengadakan program kuliah buat kali ke-3 untuk tahun ini. Dipetik dari buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ hasil tulisan Fathi Yakan, Ustaz Zulkifli Ibrahim berjaya mencuri perhatian para hadirin dengan mengkhususkan penyampaian beliau berkisar tentang maksud islam dan akidah yang semestinya setiap muslim fahami.

Kuliah bermula sedari jam 3petang di Dewan Kuliah Ranaco Education and Training Institute. Hujan yang terus mencurah sepanjang tempoh kuliah tidak mengalihkan tumpuan hadirin kepada penyampaian al-Fadhil ustaz.

Banyak pengajaran yang  diperoleh daripada sesi tersebut. Antara mutiara yang diperoleh para peserta ialah:

  • Seseorang hanya layak bergelar muslim apabila dia mempraktikkan Islam dalam kehidupan.
  • Islam tidak seharusnya sinonim dengan masjid dan kuliah-kuliah sahaja. Bahkan, Islam patut dikenali dengan kesempurnaan yang ditonjolkan dalam segala bidang baik agama, politik, sains, ekonomi dan sebagainya.
  • Islam sebagai jalan penyelesaian kepada masalah umat. Bukan penambah beban kepada kehidupan sedia ada.

Continue reading

Pembina anjur Seminar Kerjaya di SM Sains Dungun

Dungun, 31 Oktober – Buat julung kalinya Pembina Terengganu telah menganjurkan satu seminar kerjaya di Dewan Bestari Sekolah Menengah Sains Dungun,Terengganu yang dihadiri oleh 127 orang pelajar Tingkatan Lima. Seminar bermula kira-kira pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh pengarah program saudara Syafeq Moazari bertajuk ‘What’s Next After SPM’. Sesi seterusnya ialah slot bimbingan kerjaya; kejuruteraan disampaikan oleh saudara Muhammad Ikhwan Ilias; perakaunan disampaikan oleh saudari Siti Nurhazwani Kamarudin; kedoktoran disampaikan oleh saudari Dr Nur Fatiha Kamaruzaman.  Sesi penutup di meriahkan dengan tayangan video Pembina Terengganu sebagai pembakar semangat kepada para pelajar untuk turut sama menyertai Pembina pada masa akan datang.

Continue reading

Majlis solat hajat beliawanis Pembina Dungun

selamat menempuh peperiksaan

Dungun, 26 Oktober – Pembina Terengganu (Dungun) telah mengadakan majlis solat hajat ringkas bersama dengan beliawanis UiTM kampus Dungun sempana musim peperiksaan akhir semester yang bakal mereka hadapi. Majlis dihadiri oleh sekumpulan pelajar tahun pertama dan kedua daripada Fakulti Perakaunan, Perniagaan dan Perhotelan dan diadakan di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari Siti Nurhazwani Kamarudin. Para beliawanis mula berkumpul pada pukul 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan solat hajat diikuti dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan makan malam bersama. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.

Majlis seumpama ini dianggap sangat penting oleh para pelajar UiTM kerana mengingatkan mereka betapa pentingnya pergantungan usaha manusia kepada Allah swt. Walaupun mereka telah merancang dan berusaha, doa dan tawakal pastinya akan menambah keberkatan dalam usaha murni untuk mencapai kecemerlangan.

PEMBINA Terengganu mengucapkan “Selamat menghadapi peperiksaan akhir Semester” kepada semua belia & beliawanis UiTM. Semoga usaha dan tawakal kalian membuahkan kejayaan di masa hadapan insyAllah.. Continue reading

Majlis Jamuan Raya Beliawanis Pembina Dungun

eid-11Dungun, 29 September – Alhamdulillah, satu majlis jamuan raya ringkas telah diadakan oleh ahli Pembina Terengganu (Dungun) untuk beliawanis UiTM kampus Dungun. Majlis yang diadakan selepas solat Isya’ di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari ‘Ainul Huda Bt Jamil dihadiri oleh 13 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Fakulti Perhotelan.

Continue reading

Program Ramadhan PEMBINA Kemaman

5 September 2009, Kemaman- Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya PEMBINA Terengganu telah berjaya mengadakan program agihan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Kemaman. Program telah disertai oleh 4 orang ahli PEMBINA Terengganu dan 17 orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar Ranaco Education & Training Institute.

Program bermula tepat jam 12 tengah hari. Para peserta serta pihak penganjur berhimpun di masjid Geliga Kemaman untuk mendengar taklimat ringkas daripada Saudara Nazri (Pengarah PEMBINA Terengganu) sebelum kesemua mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan. Continue reading

Ramadhan…inspirasi belia terus bersama Palestin

P9070301

KUALA TERENGGANU, 7 September 2009 – Sekumpulan aktivis dan sukarelawan PEMBINA Terengganu (KT) telah menjayakan program amal mengedarkan risalah dan pamplet sumbangan Ramadhan Palestin di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Kira-Kira 1000 risalah berjaya diedarkan dalam masa lebih kurang 1 jam, bermula pada pukul 5:30 petang hingga 6:30 petang. Aktiviti ini telah dimulai dengan solat Asar berjemaah dan diakhiri dengan iftar serta Maghrib berjemaah.

Aktiviti ini bukan saja merupakan pemgalaman baru kepada para aktivis dan sukarelawan, malah mencetus keinsafan mereka terhadap suasana dan penghayatan isu-isu Islam di kalangan masyarakat kita.

Continue reading