Nilai Sekeping Keputusan SPM (Bahagian 1)


Mengimbau kembali kenangan 10 tahun dahulu, ketika tangan terketar-ketar menyambut sijil keputusan SPM dari kerani sekolah. Anda mungkin menghadapi situasi yang sama atau mungkin lebih tenang dan yakin menghadapinya.
Pada hari keputusan diumumkan, saya telah dihubungi oleh beberapa orang adik-adik yang pernah menghadiri program-program PEMBINA yang lepas. Ada yang gembira tak terhingga…ada yang bersederhana dan redha …ada yang kecewa dan putus harapan. Pelbagai reaksi dan ragam. Bagi yg cemerlang, saya hamburkan ucapan tahniah dan pujian selain mengingatkan mereka kejayaan ni datangnya dari Allah dan padaNYA kita perlu bersyukur. Bagi yang kurang cemerlang, perbualan kami lebih kepada nada pujuk memujuk yang diselang-selikan dengan harapan dan motivasi.

Apa nilai keputusan SPM dalam kehidupan kita….?
Jawapan biasa..SPM penting sebagai penilaian utama untuk melajutkan pelajaran ke menara gading atau peringkat pendidikan yang lebih tinggi.
SPM juga sangat berkuasa sehingga boleh membolak-balikkan emosi dan perasaan.

Lagi….?

Mungkin sesetengah majikan akan membelek-belek sijil SPM untuk jawatan-jawatan rendah dan kurang kritikal sebagai contoh jurujual sambilan di kedai-kedai serbaneka atau yang seumpama dengannya.SPM yang menghantui kehidupan pelajar-pelajar sekolah menengah akan hanya bermakna untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya…tak lebih dari itu.

Janganlah salah faham dengan dengan kenyataan ini dan bukan juga merendah-rendahkan nilai keputusan SPM. Sekadar cuba berfikir dari sudut yang lebih rasional dan realistik. Saya cuba memberi harapan bagi pelajar-pelajar yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Bukanlah bermakna peluang mendapat masa depan yang baik telah tertutup jika gagal mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Sedar atau tidak, gejala sosial di kalangan lepasan SPM banyak berpunca dari kegagalan seseorang melanjutkan pelajarannya ke peringkat seterusnya. Sifat putus asa dan harapan menjadikan mereka bersikap pesimis dan negatif terhadap nasib yang menimpa mereka…apa nak buat, nasib badan! Maka berpeleseranlah remaja “kita” tanpa haluan ke sana sini.

Bukankah Allah telah berfirman dalam ayat ke-11 surah ar-Ra’du:
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri”
SPM bukan segala-segalanya dalam hidup…

Bagi yang cemerlang dalam SPM, keputusan ada bukanlah suatu jaminan untuk menjamin masa depan yang baik. SPM hanya “tiket” ke pintu masuk IPT. Di IPT lain pula ceritanya…..

Berapa banyak kisah yang kita dengan dengan gejala-gejala negatif di kalangan mahasiswa IPT tempatan yang sebelum ini berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Dari seks luar nikah, penagihan dadah, sehinggalah ke masalah pelacuran.
Itu kes yang berat-berat. Tak kurang juga dengan daya saing yang lemah mahasiswa “kita” berbanding bangsa-bangsa yang lain. Keputusan yang cukup-cukup makan dan sikap sambil lewa di kuliah sangat sinonim dengan “kita”. Buktinya kita boleh lihat dengan membandingkan pencapaian mahasiswa “kita” dengan bangsa-bangsa lain. Berapa ramai jumlah “kita” yang berada di senarai dekan berbanding mahasiswa-mahsiswa lain yang begitu minoriti dalam populasi IPTA.

Bukan mengeji bangsa sendiri, Cuma mengapa daya saing mahasiswa-mahasiswa Melayu amat jauh ditinggalkan dengan bangsa-bangsa lain? Biasiswa dah dapat subsidi dah diberi, tapi masih tak cukup. Di lapangan temuduga, pelajar-pelajar kita sering mengalami kegagalan bersaing. “Kita” gagal menawarkan pakej yang lengkap sepertimana yang dikehendaki oleh majikan masa kini. Bila gagal dapat kerja, mulalah kecewa dan akhirnya lepak sana sini. Seolah-olah periuk nasi dan rezeki Allah telah tertutup baginya.

Sedar atau tidak, dianggarkan lebih 70,000 jawatan kosong di sektor awam dan swasta di dalam negara ini dan lebih 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh para graduan siswazah. Tetapi sikap tidak proaktif dan terlalu memilih kerjaya menjadi faktor mengapa masalah pengangguran di kalangan graduan “kita” masih tinggi. Keupayaan untuk menguasai perkembangan semasa di luar bidang pengajian amat terhad. Contohnya, graduan kejuruteraan hanya mahu jadi jurutera saja…. Jawatan lain tak minat. Kata mereka, ianya di luar bidang. Budaya pemikiran klasik di kalangan graduan “kita” ini harus dihakis untuk menjamin daya saing yang lebih kompetitif.

Di mana salahnya? Apa yang kurangnya dengan “kita”…?
SKIL KEHIDUPAN…..

Mohd Nasrul Muhaimin bin Mohd Taib
Pengerusi Pembina Terengganu
ir_mnm08@yahoo.com

EXAM DATANG LAGI…

Bulan November-Disember amat sinonim dengan musim peperiksaan bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi di Terengganu. Selebat air hujan yang turun tanpa henti kebelakangan ini, PEMBINA Terengganu percaya sekuat itu jugalah adik-adik di IPT menelaah pelajaran masing-masing untuk mencapai kecemerlangan akademik. Lebih mencabar apabila study/revision week telah dipendekkan bagi kebanyakan IPT kerana cuti telah diambil di pertengahan semester akibat wabak H1N1. Fasa inilah biasanya adik-adik pelajar akan menghadapi episod mencabar yang bukan sahaja menguji sejauh mana kerajinan adik-adik menghadap buku-buku, soalan-soalan tutorial dan past years papers, tetapi juga menduga emosi dan hati. Dengan silibus dan workload yang sangat banyak sepanjang semester, ujian dan assignment yang tidak berkesudahan, aktiviti ko-kurikulum yang meletihkan, pastinya kebanyakan adik-adik terpaksa menunggu sehingga study week untuk membuat pecutan ulangkaji sebenar.

exam2

Continue reading

10 Langkah menyambut Ramadhan

doa

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita akan dapat melaksanakan ibadah secara optimum di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna Ramadhan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Continue reading

Pemimpin dan Pimpinan

pemimpin

“Ketika bangsa ini tertatih-tatih, haruskah kita kehilangan banyak pemimpin?”

Pemimpin dan pimpinan adalah dua kata yang seakan sama, namun memiliki dua makna yang berbeza. Ketika kita diajukan dengan pertanyaan yang manakah yang lebih baik maknanya, maka kemungkinan kita akan kebingungan untuk menentukan isinya.

Pimpinan memiliki pemahaman bahawa ia harus memimpin berdasarkan pengangkatan, dalam erti kata lain suka atau tidak suka orang bawahannya ia tetap menjadi orang yang memimpin suatu jabatan. Makna pemimpin pula adalah ia memimpin berdasarkan pengakuan oleh orang bawahannya, dalam erti kata lain sememangnya orang  yang benar-benar layak memimpin. Continue reading

Bersedekahlah, Wahai Para Wanita…!

Pernahkah anda melakukan perniagaan dan  mendapat keuntungan sepuluh kali ganda? Tentu tidak pernahkan kalau adapun hanyalah sedikit. Walaubagaimanpun, alangkah bodohnya kita jika ditawarkan untuk mendapat keuntungan tujuh ratus kali ganda tetapi kita menolaknya dengan mudah!

duit

Kesahihan penawaran itu diberikan oleh Rasullulah saw sendiri dalam hadisnya yang berbunyi

“Barangsiapa yang menafkahkan hartanya untuk membantu peperangan di jalan Allah, maka akan dilipatgandakan pahalanya menjadi tujuh ratus”. (Tirmidzi, hadits nombor 1625) Continue reading

SUMBER KEKUATAN KITA

Baru-baru ni ada seorang kawan datang dengan wajah kecewa. Dia beritahu yang permohonannya utk berpindah kerja ke Kuala Lumpur (ibupejabat sebuah syarikat minyak) tak di ‘recommend’ oleh pengurus di Kertih. Dia mengomel macam-macam, tak puas hati. Pegangannya, kalau manager dia tak ‘endorse’ utk pindah, memang tak dapatlah dia pindah.

Biasanya proses utk ‘transfer’ ni melalui beberapa peringkat dan kebanyakannya lebih mudah kalau disokong pada peringkat awal oleh ‘immediate superior’  atau manager tempat kerja sekarang.

Saya kata kat dia, buat apa dok harap sangat2 kat manager ni, berharap lah sepenuhnya kepada TUHAN manager. Manager hanya boleh ‘recommend’ dan ‘comment’ saja, namun akhir keputusan semuanya milik Allah. Manager ni pun tak boleh tentukan nasib diri dia sendiri, mana mungkin dia boleh tentukan nasib orang lain (sebab dengar khabar manager ni pun nak dipindahkan juga oleh ‘mobility committee’ sebab dah terlalu lama, walaupun dia kurang setuju). Manager ni pun tak pasti apa yang akan berlaku terhadap karier, nasib dan masa depan dia sendiri, macam mana dia boleh tentukan nasib karier  dan masa depan orang lain.. Continue reading

TV oh TV…..

Televisyen

Seiring dengan kemajuan teknologi informasi, lembaran kehidupan manusia tidak pernah lepas daripada diwarnai nilai-nilai yang lahir dari media elektronik, media komunikasi dan dunia siber internet. Media ini sebati juga dengan diri mereka. Bagi seorang muslim, semua ini sepatutnya dijadikan sebagai sarana untuk meningkatkan potensi diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Seperti mana yang telah disebut oleh Rasullulallah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ. رواه الترمذي

Dari Abu Hurairah ra, berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Diantara tanda kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.” HR Imam At-Tirmidzi, hadits gharib.

Bahaya Televisyen

Persoalannya sekarang; apakah kemajuan teknologi maklumat ini berbahaya bagi kehidupan kita? Apakah hal ini bertentangan dengan ibadah yang merupakan tujuan kehidupan ini? Dan apakah sangat bermanfaat bagi kita sehingga mampu meningkatkan produktiviti negara? Cuba kita renungkan sejenak hasil survey tayangan televisyen: Continue reading