KLS ’09: pendedahan berguna untuk lepasan SPM

RANTAU ABANG, 18 DIS 09 – Pada 18 hingga 19 Disember yang lepas, seramai 70 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program yang telah menjadi program tahunan PEMBINA Terengganu yang dinanti-nantikan pelajar lepasan SPM. Kem yang diadakan selama 2 hari 1 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM melanajutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Ada Apa Selepas SPM?, Ujian Personaliti & Pemilihan Bidang, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa dan Perkongsian Pengalaman.

Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini.

PEMBINA Terengganu telah mengeluarkan CD edisi KLS ’09 yang mengandungi bahan-bahan pembentangan KLS ’09, foto-foto dan video klip program KLS yang lepas. Harga RM5 termasuk penghantaran. Bagi yang berminat memiliki CD edisi khas KLS ’09, boleh menempahnya pada individu berikut:

1.  Mohd Aiman Bin Bustamin:  012-6941450

2. Ainul Huda Binti Jamil: 017-7790910

KLS pada kali ini juga turut berbesar hati apabila telah menerima kunjungan Pegawai di Kementerian Belia dan Sukan Daerah Dungun, Encik Zul Bahari yang telah merasmikan majlis penutup KLS ’09. PEMBINA Terengganu mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana terus menerus memberi sokongan dan galakan kepada PEMBINA untuk menggerakkan aktivisme di kalangan belia setempat

Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah

One Response

  1. Salam ziarah, tahniah buat PEMBINA Terengganu atas penganjuran Kem Lepasan SPM ini.

    Pada pandangan saya, KLS ini amat bermanfaat kepada pelajar lepas SPM. Namun, adalah lebih baik supaya pada masa-masa yang akan datang, KLS ini dibuka penyertaannya kepada pelajar Tingkatan 3 & 4. Ini akan memberi ruang kepada pelajar ini untuk membuat perancangan awal tentang masa depan mereka.

    Semasa KLS, pelajar berpeluang mengikuti ujian kerjaya. Saya rasa, pelajar tingkatan 3 juga perlu untuk itu bagi membantu mereka membuat pilihan aliran ketika di tingkatan 4.

    Selain itu, di KLS juga pelajar telah diberi pendedahan berkaitan Program Matrikulasi. Namun tiada apa yang boleh pelajar lepasan SPM lakukan jika mereka tidak mengetahui tentang program matrikulasi seawal tahun tingkatan 5 kerana borang permohonan online telah ditutup permohonannya sebelum peperiksaan percubaan SPM. Jadi initiatif awal kepada pelajar tingkatan 4 wajar diberikan.

    Satu perkara lagi, saya melihat bahawa penganjur KLS hanya menumpukan peluang belajar kepada pelajar yang berkuputusan baik. Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak bernasib baik? Seharusnya pendedahan tentang program pengajian IPTS, Insitut Pendidikan Mara (IPMa) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seumpamanya harus diberikan. Sekurang-kurangnya pelajar tahu bahawa banyak pilihan yang menanti selepas SPM.

    Merujuk pada Buku Panduan Lepas SPM yang telah dilinkkan di sidebar blog ini, saya dapati banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan. Saya tidak pasti sama ada pendedahan kepada program di Institut Pendidikan Guru diketengahkan ataupun tidak. Tetapi pendedahan ini penting bagi memberi ruang kepada pelajar untuk membuat pilihan.

    Ini adalah pandangan peribadi saya terhadap beberapa perkara. Semoga membantu kalian semua membuat perancangan dan melaksanakan KLS…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: