PTPTN Oh PTPTN!

Sebagai pelajar intitusi pengajian tinggi belia/beliawanis di negara ini pastinya tidak asing dengan istilah PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Walaupun penubuhan PTPTN bertujuan baik iaitu untuk membiayai pengajian pelajar Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi, namun sistem pinjaman dan bayaran balik yang digunakan oleh PTPTN dilihat tidak begitu menepati garis panduan Shariah Islam. Para peminjam dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman beserta dengan tambahan 3% (daripada jumlah pinjaman) yang diistilahkan sebagai kos pentadbiran/perkhidmatan oleh pihak PTPTN setelah tamat pengajian.

Untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan isu Shariah PTPTN, Pembina ingin berkongsi komentar yang diberikan oleh pakar kewangan Islam dan penasihat Shariah beberapa bank dan syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. (dipetik dari http://www.zaharuddin.netContinue reading

Apa kata belia….

Temubual Pembinaterengganu.wordpress dengan salah seorang belia yang sedang menuntut di salah satu IPT di Terengganu

Akhlak-Muslim

PEMBINA TERENGGANU: Pada pandangan saudara, bagaimanakah akhlak belia di IPT pada masa kini?

Dari pemerhatian saya sebagai seorang mahasiswa di IPTA, saya berpendapat bahawa akhlak para belia di IPT pada masa kini amat membimbangkan. Hal ini dapat dibuktikan apabila media tidak putus-putus menyiarkan pelbagai masalah sosial di kalangan muda-mudi zaman sekarang. Antaranya seperti mat dan minah rempit, ragut, rogol, pergaulan bebas, lari dari rumah dan sebagainya. Tak keterlaluan untuk saya katakan bahawa seolah-olah dunia sekarang sudah tidak mempunyai undang-undang. Memang tidak dapat disangkal lagi, umat Islam sendiri kini menafikan undang-undang yang diperintahkan oleh Pencipta Yang Maha Esa. Na’uzubillahiminzalik. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan Allah

Continue reading

PEMBINA Terengganu anjur Kejohanan Futsal Belia Muslim 2009

Kemaman, 1 Mei 2009 – PEMBINA Terengganu telah menganjurkan Kejohanan Futsal Belia Muslim 2009 bertempat di Dewan futsal Nabila, Kemaman. Seramai lebih kurang 50 peserta, sekitar Terengganu Selatan khususnya Kemaman telah terlibat dalam menjayakan kejohanan yang julung kali diadakan oleh PEMBINA Terengganu.

Para peserta bergambar setelah tamat permainan
Para peserta bergambar setelah tamat permainan

Continue reading