Tarikhul Islam : Peristiwa Perang di bulan Ramadhan

soa

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2 peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dgn menyahut seruan jihad Allah. Continue reading

Fiqih Ringkas Tentang Puasa

puasa

Shaum atau puasa secara bahasa bermakna al-imsak atau menahan diri dari sesuatu seperti menahan diri dari makan atau berbicara. Makna shaum seperti ini dipakai dalam ayat ke-26 surat Maryam. “Maka makan dan minumlah kamu, wahai Maryam, dan tenangkanlah hatimu; dan jika kamu bertemu seseorang, maka katakanlah saya sedang berpuasa dan tidak mahu berbicara dengan siapapun.”

Sedangkan secara istilah, shaum adalah menahan dari dari dua jalan syahwat, mulut dan kemaluan, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan pahala puasa mulai dari terbit fajar sampai terbenam matahari. Continue reading

10 Langkah menyambut Ramadhan

doa

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita akan dapat melaksanakan ibadah secara optimum di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna Ramadhan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Continue reading

Ringkasan Surah ‘Abasa

Surah ‘Abasa – Dia Memasamkan Muka
Oleh    : Mohd Ridzuan Bin Mohd Taib

Wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian, saya ingin mengajak pembaca sekalian untuk bersama-sama meneliti tafsiran surah yang ke-80 di dalam al-Quran iaitu Surah ‘Abasa. Ia merupakan surah Makiyyah – surah yang telah diturunkan di Makkatul Mukarramah, bandar kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w. Surah ini mengandungi 42 ayat. Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah intipati surah ini bagi memberi peringatan dan petunjuk kepada kita sesuai dengan firman Allah: Continue reading

Qudwah buat belia

KEPADAMU GENERASI BELIA:  QUDWAH  DALAM DIRI UMAIR BIN SA’AD r.a.

Oleh: Mohd Arshad bin Sa’ari

qudwah

Sesungguhnya usia belia adalah sangat berharga dan banyak cabaran yang akan ditempuhi ketika menyusurinya. Belia yang soleh dan kuat merupakan suatu aset yang sangat besar kepada sesebuah bangsa. Namun, apa yang sudah berlaku pada belia masa kini…? Tidak perlu diulas dengan panjang lebar. Anda semua boleh menilai dengan mata hati masing-masing.

Saya amat tertarik dengan coretan kisah hidup seorang sahabat nabi saw ketika beliau masih muda belia lagi, iaitu Umair Bin Sa’ad. Umar al-Khattob ra mengatakan bahawa “Umair bin Sa’ad merupakan belia yang tiada tolok bandingnya”. Beliau merupakan sahabat yang pintar, amanah, berani, dan memeluk Islam sewaktu umurnya baru mencecah 10 tahun.

Continue reading

Pemimpin dan Pimpinan

pemimpin

“Ketika bangsa ini tertatih-tatih, haruskah kita kehilangan banyak pemimpin?”

Pemimpin dan pimpinan adalah dua kata yang seakan sama, namun memiliki dua makna yang berbeza. Ketika kita diajukan dengan pertanyaan yang manakah yang lebih baik maknanya, maka kemungkinan kita akan kebingungan untuk menentukan isinya.

Pimpinan memiliki pemahaman bahawa ia harus memimpin berdasarkan pengangkatan, dalam erti kata lain suka atau tidak suka orang bawahannya ia tetap menjadi orang yang memimpin suatu jabatan. Makna pemimpin pula adalah ia memimpin berdasarkan pengakuan oleh orang bawahannya, dalam erti kata lain sememangnya orang  yang benar-benar layak memimpin. Continue reading

Bersedekahlah, Wahai Para Wanita…!

Pernahkah anda melakukan perniagaan dan  mendapat keuntungan sepuluh kali ganda? Tentu tidak pernahkan kalau adapun hanyalah sedikit. Walaubagaimanpun, alangkah bodohnya kita jika ditawarkan untuk mendapat keuntungan tujuh ratus kali ganda tetapi kita menolaknya dengan mudah!

duit

Kesahihan penawaran itu diberikan oleh Rasullulah saw sendiri dalam hadisnya yang berbunyi

“Barangsiapa yang menafkahkan hartanya untuk membantu peperangan di jalan Allah, maka akan dilipatgandakan pahalanya menjadi tujuh ratus”. (Tirmidzi, hadits nombor 1625) Continue reading