PTPTN Oh PTPTN!

Sebagai pelajar intitusi pengajian tinggi belia/beliawanis di negara ini pastinya tidak asing dengan istilah PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Walaupun penubuhan PTPTN bertujuan baik iaitu untuk membiayai pengajian pelajar Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi, namun sistem pinjaman dan bayaran balik yang digunakan oleh PTPTN dilihat tidak begitu menepati garis panduan Shariah Islam. Para peminjam dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman beserta dengan tambahan 3% (daripada jumlah pinjaman) yang diistilahkan sebagai kos pentadbiran/perkhidmatan oleh pihak PTPTN setelah tamat pengajian.

Untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan isu Shariah PTPTN, Pembina ingin berkongsi komentar yang diberikan oleh pakar kewangan Islam dan penasihat Shariah beberapa bank dan syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. (dipetik dari http://www.zaharuddin.net)  Continue reading

Advertisements