AGM 2010 Mencatat Sejarah Bersama ISMA

Tanggal 13 Februari 2010 merupakan hari yang bersejarah buat seluruh warga PEMBINA dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA peringkat pusat buat kali ke-3 yang bertempat di Auditorium, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Mantan Presiden PEMBINA Dr. Kamil Azmi bin Tohiran. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh tentang peri penting sebuah organisasi yang menyediakan platform yang sihat serta berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam membimbing belia ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Perbincangan Antara Bekas Pimpinan PEMBINA

Ucapan ini seterusnya menjadi muqaddimah kepada asbab PEMBINA memilih Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai rakan strategik untuk membangunkan sumber manusia dalam kerangka pendidikan islami yang sempurna. Hal ini kemudian diterjemahkan dalam upacara memeterai perjanjian persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU) yang ditandatangani oleh mantan Presiden PEMBINA, Dr. Kamil Tohiran serta Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman.

Sesi Menandatangani MOU antara PEMBINA dan ISMA.

ISMA - Rakan Strategik PEMBINA

Agenda AGM diteruskan lagi dengan sesi pembentangan aktiviti-aktiviti PEMBINA oleh mantan Setiausaha Agung, saudara Jalil Husni bin Yahaya serta laporan kewangan oleh mantan Bendahari PEMBINA, saudara Mohd Zuraidi bin Zakaria. Alhamdulillah, kami bagi pihak Pembina Terengganu berasa amat bersyukur, dalam masa yang singkat, PEMBINA secara keseluruhan, dengan izinNya dapat mencapai tahap perkembangan yang memberangsangkan.

Pembubaran Jawatankuasa Pusat yang lama berganti dengan pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat yang baharu. Berikut adalah senarai kepimpinan PEMBINA bermula sesi 2010:

Presiden: Zaizul Azizi bin Zaman

Timbalan Presiden: Norzafry bin Norhalim

Naib Presiden 1: Ibrahim bin M Hasan

Naib Presiden 2: Nor Hasni Hayati bt Hanapi

AJK: 1) Muadz bin Mohd Zain 2) Tg. Asyraf  3)Ahmad Syukri

Majlis berakhir kira-kira pada jam 2 petang setelah disulami dengan ucapan pertama Presiden saf kempimpinan baru PEMBINA, saudara Zaizul Azizi bin Zaman. Beliau mengucapkan setinggi syukur kepadaNya serta amat berterima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh barisan kepimpinan yang terdahulu. Semoga Allah memberkati barisan kepimpinan yang baharu ini serta bersama-sama dengan PEMBINA dalam merealisasikan hasrat murninya bagi membina belia yang beriman dan berjasa!

(sumber: http://www.pembina.com.my)

Leave a comment