EXAM DATANG LAGI…

Bulan November-Disember amat sinonim dengan musim peperiksaan bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi di Terengganu. Selebat air hujan yang turun tanpa henti kebelakangan ini, PEMBINA Terengganu percaya sekuat itu jugalah adik-adik di IPT menelaah pelajaran masing-masing untuk mencapai kecemerlangan akademik. Lebih mencabar apabila study/revision week telah dipendekkan bagi kebanyakan IPT kerana cuti telah diambil di pertengahan semester akibat wabak H1N1. Fasa inilah biasanya adik-adik pelajar akan menghadapi episod mencabar yang bukan sahaja menguji sejauh mana kerajinan adik-adik menghadap buku-buku, soalan-soalan tutorial dan past years papers, tetapi juga menduga emosi dan hati. Dengan silibus dan workload yang sangat banyak sepanjang semester, ujian dan assignment yang tidak berkesudahan, aktiviti ko-kurikulum yang meletihkan, pastinya kebanyakan adik-adik terpaksa menunggu sehingga study week untuk membuat pecutan ulangkaji sebenar.

exam2

Bayangkan kalau adik-adik terpaksa menduduki 6 atau 7 subjek peperiksaan dalam masa 2 minggu..study week pula hanya seminggu (itupun belum tentu boleh studi sebab assignment lain masih belum disiapkan kerana terlalu banyak!), dan kalau sempat studi pun belum tentu boleh menjawab dengan baik kerana penekanan aspek KBKK dlm sistem pembelajaran di IPT memerlukan adik-adik mempunyai kefahaman yang tinggi tentang sesuatu konsep dan tahu mengaplikasikannya (bukan sekadar menghafal buku!), maka bermulalah episod peperangan dalam peperiksaan yang sangat menggoyahkan perasaan..

Dah tahu nak berperang, duduk diam sajakah?

Tentunya tidak, mestilah sibuk buat preparation!

Preparation apa yg kita buat? Studi sampai nak pengsan? Itu sahajakah?

Sesetengah orang mungkin berjaya hanya dengan pulun studi. Dia boleh cope dgn tekanan luaran dan dalaman lantas memfokuskan diri dgn studi, studi dan studi selagi termampu, sehinggalah kaki melangkah ke dewan peperiksaan…

Sesetengah orang hanya mampu cope dengan tekanan luaran (boleh menyediakan fizikal yang mantap untuk studi) tetapi tidak mampu untuk handle tekanan dalaman yang amat menekan emosi dan jiwa..
Biasanya berperang dengan emosi lebih payah dan susah, dan lebih memenatkan berbanding dengan peperangan untuk menyediakan fizikal yang sihat bagi menghadapi hari-hari genting menjelang hari peperiksaan. Kebiasannya mereka yang tidak mampu mengawal tekanan dalaman ini juga akan mempengaruhi tekanan luarannya secara tidak langsung menjadikan dia tidak sihat fizikal dan emosi. Masalah inilah antara punca kepada kes bunuh diri di kalangan pelajar ketika musim peperiksaan.

exam 1

Jadi, apa yang boleh adik-adik lakukan?

Pastikan adik-adik mampu mengawal tekanan dalaman terlebih dahulu. Settlekan bab-bab emosi, hati, sentiasa betulkan balik niat, kita belajar bermati-matian, berjuang hanyalah kerana Allah..jadi bersandarlah padaNya sepenuhnya..usahakan yang terbaik, natijahnya biarlah Allah al-Haq yg menentukan. Jika persandaran kita teguh pada Allah swt yg Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaannya, pasti tidakkan wujud istilah stress, pressure, down dlm kamus hidup kita..tapi hakikatnya penjelasan ini amatlah sukar utk dipraktikkan (sungguh!, easier said than done..)..kadang2 kita rasa kita cukup kuat utk handle situasi-situasi genting..pergantungan kita pada ketentuan al-Khaliq dirasakan tinggi..namun bila ditakdirkan Allah ujian datang bertimpa-timpa, atau sesekali diduga dgn ujian yg benar-benar BESAR, hati seolah-olah mahu terpecah, cuba utk merationalisekan keadaan..emosi terlalu berkecamuk, sedangkan jiwa pula menjerit-jerit meminta kehadiran iman untuk menenangkannya.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita menguatkan hati dan jiwa..supaya bila tiba saat tidak terduga, hati dan jiwa ini akan sentiasa bersiap sedia…kuatkanlah ia dengan sabar dan salat..selalu-selalulah bangun pagi utk bermunajat pdNya kerana

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْءًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

‘Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) (Muzzammil:6)…jgnlah hendaknya ditunggu sehingga hati dan jiwa ini terkulai layu baru teringat hendak mencari sumber kekuatannya.

sujud

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ

‘Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang(yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)’ Al-Anfal:60

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: