Kuliah Bulanan PEMBINA Ranaco, Kemaman

6 November 2009, Kemaman – PEMBINA Kemaman dengan kerjasama para aktivis PEMBINA Ranaco telah berjaya mengadakan program kuliah buat kali ke-3 untuk tahun ini. Dipetik dari buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ hasil tulisan Fathi Yakan, Ustaz Zulkifli Ibrahim berjaya mencuri perhatian para hadirin dengan mengkhususkan penyampaian beliau berkisar tentang maksud islam dan akidah yang semestinya setiap muslim fahami.

Kuliah bermula sedari jam 3petang di Dewan Kuliah Ranaco Education and Training Institute. Hujan yang terus mencurah sepanjang tempoh kuliah tidak mengalihkan tumpuan hadirin kepada penyampaian al-Fadhil ustaz.

Banyak pengajaran yang  diperoleh daripada sesi tersebut. Antara mutiara yang diperoleh para peserta ialah:

  • Seseorang hanya layak bergelar muslim apabila dia mempraktikkan Islam dalam kehidupan.
  • Islam tidak seharusnya sinonim dengan masjid dan kuliah-kuliah sahaja. Bahkan, Islam patut dikenali dengan kesempurnaan yang ditonjolkan dalam segala bidang baik agama, politik, sains, ekonomi dan sebagainya.
  • Islam sebagai jalan penyelesaian kepada masalah umat. Bukan penambah beban kepada kehidupan sedia ada.

Kuliah ditamatkan sekitar jam 5:45 petang. Majlis seterusnya menjemput wakil PEMBINA Kemaman, saudara Nurul Azmir untuk memberi sepatah dua kata berkenaan perkembangan terbaru PEMBINA Kemaman. Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengiklankan aktiviti PEMBINA Kemaman yang seterusnya iaitu Kem Ibadah yang bakal diadakan di Masjid Bukit Kuang, Kemaman pada 13 dan 14 November ini.

Buat akhirnya, PEMBINA Terengganu sentiasa mengharapkan agar PEMBINA Kemaman terus menerajui pembentukan golongan belia cemerlang di sana. Semoga segala amal mereka diterima Allah dan semoga mereka terus teguh memperjuangkan nasib belia Islam di Kemaman khususnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: