Pembina anjur Seminar Kerjaya di SM Sains Dungun

Dungun, 31 Oktober – Buat julung kalinya Pembina Terengganu telah menganjurkan satu seminar kerjaya di Dewan Bestari Sekolah Menengah Sains Dungun,Terengganu yang dihadiri oleh 127 orang pelajar Tingkatan Lima. Seminar bermula kira-kira pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh pengarah program saudara Syafeq Moazari bertajuk ‘What’s Next After SPM’. Sesi seterusnya ialah slot bimbingan kerjaya; kejuruteraan disampaikan oleh saudara Muhammad Ikhwan Ilias; perakaunan disampaikan oleh saudari Siti Nurhazwani Kamarudin; kedoktoran disampaikan oleh saudari Dr Nur Fatiha Kamaruzaman.  Sesi penutup di meriahkan dengan tayangan video Pembina Terengganu sebagai pembakar semangat kepada para pelajar untuk turut sama menyertai Pembina pada masa akan datang.

Majlis seminar turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang bekas pelajar SMS Dungun iaitu saudara Syukri dan saudari Asyikin yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika belajar di sekolah tersebut dan pengalaman semasa di institusi pengajian tinggi. Majlis berakhir pada pukul 1 tengahari.

Pembina mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan pelajar SMS Dungun yang telah mengizinkan dan memberi kerjasama kepada Pembina untuk menganjurkan seminar kerjaya ini.

Kejuruteraan Akaunting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: