Majlis solat hajat beliawanis Pembina Dungun

selamat menempuh peperiksaan

Dungun, 26 Oktober – Pembina Terengganu (Dungun) telah mengadakan majlis solat hajat ringkas bersama dengan beliawanis UiTM kampus Dungun sempana musim peperiksaan akhir semester yang bakal mereka hadapi. Majlis dihadiri oleh sekumpulan pelajar tahun pertama dan kedua daripada Fakulti Perakaunan, Perniagaan dan Perhotelan dan diadakan di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari Siti Nurhazwani Kamarudin. Para beliawanis mula berkumpul pada pukul 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan solat hajat diikuti dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan makan malam bersama. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.

Majlis seumpama ini dianggap sangat penting oleh para pelajar UiTM kerana mengingatkan mereka betapa pentingnya pergantungan usaha manusia kepada Allah swt. Walaupun mereka telah merancang dan berusaha, doa dan tawakal pastinya akan menambah keberkatan dalam usaha murni untuk mencapai kecemerlangan.

PEMBINA Terengganu mengucapkan “Selamat menghadapi peperiksaan akhir Semester” kepada semua belia & beliawanis UiTM. Semoga usaha dan tawakal kalian membuahkan kejayaan di masa hadapan insyAllah..

solat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: