Majlis Jamuan Raya Beliawanis Pembina Dungun

eid-11Dungun, 29 September – Alhamdulillah, satu majlis jamuan raya ringkas telah diadakan oleh ahli Pembina Terengganu (Dungun) untuk beliawanis UiTM kampus Dungun. Majlis yang diadakan selepas solat Isya’ di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari ‘Ainul Huda Bt Jamil dihadiri oleh 13 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Fakulti Perhotelan.

Pelbagai juadah telah disediakan seperti ayam bakar, daging masak merah, nasi impit, kuew teow dan mee goreng serta beberapa jenis kek dan kuih. Sambil menikmati makanan yang terhidang, para pelajar berkenalan dengan ahli Pembina dan di antara satu dengan yang lain. Ada yang sudah lama mengenali, dan ada juga yang baru pertama kali berjumpa. Majlis meriah dan ceria apabila masing-masing bertukar cerita dan berkongsi pengalaman tentang pelbagai perkara. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 11 malam.

IMG_7931

Program ini sedikit sebanyak dapat meng’imarahkan bulan Syawal yang mulia ini dengan menggalakkan aktiviti kunjung mengunjung serta merapatkan silaturrahim di antara satu sama lain. Kemeriahan hari raya lebih bermakna apabila dapat dikongsi bersama🙂

One Response

  1. alhamdulillah…

    perjumpaan yang sekejap..tapi besar manfaatnya…
    semoga Pembina Terengganu terus maju jaya bersama amal..:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: