Program Ramadhan PEMBINA Kemaman

5 September 2009, Kemaman- Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya PEMBINA Terengganu telah berjaya mengadakan program agihan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Kemaman. Program telah disertai oleh 4 orang ahli PEMBINA Terengganu dan 17 orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar Ranaco Education & Training Institute.

Program bermula tepat jam 12 tengah hari. Para peserta serta pihak penganjur berhimpun di masjid Geliga Kemaman untuk mendengar taklimat ringkas daripada Saudara Nazri (Pengarah PEMBINA Terengganu) sebelum kesemua mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan.Kumpulan pertama diketuai oleh saudara Nurul Azmir yang telah diamanahkan untuk mengagihkan sumbangan di sekitar kawasan Kuala Kemaman. Manakala, kumpulan 2 pula diketuai oleh saudara Nazri yang menjalankan operasi di kawasan Bukit Kuang. Kumpulan yang diketuai Ustaz Sufkeri pula bergerak di kawasan Paya Berenjut. Dan kumpulan akhir yang diketuai saudara Rafiuddin turut membuat agihan di sekitar Kuala Kemaman.

Program yang julung kali diadakan oleh PEMBINA Terengganu tersebut telah mendapat usahasama daripada pihak ISMA Terengganu dalam menjayakan program tersebut.  Program ini selesai sebelum waktu Asar. Para peserta berkumpul di Masjid Sultan Ahmad untuk menunaikan solat Asar berjemaah sebelum meneruskan program seterusnya iaitu pengedaran pamplet Aman Palestin di Bazar Ramadhan Cukai.

Program disudahi dengan iftar bersama di Masjid Sultan Ahmad. Para peserta bersurai selepas menunaikan solat Maghrib.

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengalaman menarik. Ramai di kalangan mereka yang dapat menghayati betapa kemiskinan telah membebankan kehidupan mereka yang dilawati. Peserta sedar bahawa golongan fakir ini memang wajib dibantu bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung. Sungguh, Islam itu indah dan sempurna. Memang sewajarnya golongan ini dibantu melalui pengeluaran zakat seperti yang disarankan dalam al-Quran serta Sunnah Rasulullah.

Akhirnya, program ini diharap dapat memberi impak yang mendalam buat sukarelawan yang sudi menjadi peserta serta para pembaca yang sudi mengikuti laporan ini. Semoga setiap amal yang kita lakukan mendapat perhatian Allah serta masyarakat dalam usaha kita membentuk masyarakat Islam yang cemerlang.

Para Sukarelawan PEMBINA dari Ranaco Education & Training Institute terdiri daripada:

  1. Mohd Najib Bin Abd Latif
  2. Sharul Edham Bin Samsuddin
  3. Abd Yazid Bin Samsudin
  4. Ahmad Farid Bin Ahmad Jais
  5. Mohd Afiz Bin Abdul Rahim
  6. Mohammad Syazreen Bin Shamsuri
  7. Muhd Asyraf Bin Ramli
  8. Muhammad Hakim Bin Hussin
  9. Mohammad Hafiz Bin Mohd Yusof
  10. Mohd Lukman Hakim Bin Zulkifly
  11. Mohd Haffizul Nabil bin Mohamad
  12. Abdul Majid Bin Abd Rashid
  13. Ahmad Sayuti Bin Husin
  14. M. Najib Fahmy Bin Yaziz
  15. Mohd Hafizi Bin Che Abdullah
  16. Mohd Falieq Rhasydan Bin Nasir

SDC12877 SDC12894 SDC12903 SDC12905 SDC12907 SDC12911 SDC12912 SDC12915 SDC12915 SDC12917 SDC12918

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: