Ramadhan…inspirasi belia terus bersama Palestin

P9070301

KUALA TERENGGANU, 7 September 2009 – Sekumpulan aktivis dan sukarelawan PEMBINA Terengganu (KT) telah menjayakan program amal mengedarkan risalah dan pamplet sumbangan Ramadhan Palestin di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Kira-Kira 1000 risalah berjaya diedarkan dalam masa lebih kurang 1 jam, bermula pada pukul 5:30 petang hingga 6:30 petang. Aktiviti ini telah dimulai dengan solat Asar berjemaah dan diakhiri dengan iftar serta Maghrib berjemaah.

Aktiviti ini bukan saja merupakan pemgalaman baru kepada para aktivis dan sukarelawan, malah mencetus keinsafan mereka terhadap suasana dan penghayatan isu-isu Islam di kalangan masyarakat kita.

Berikut merupakan beberapa komen mereka yang telah terlibat dengan aktiviti ini.

“Ada di kalangan masyarakat kita yang tidak pernah mengetahui di mana lokasi Palestin di peta dunia, walaupun ianya merupakan isu yang telah lama dipaparkan di media massa. Ini merupakan  antara indikasi yang menunjukkan betapa lemahnya kesedaran masyarakat kita tentang kesedaran isu-isu umat Islam. Kita perlu teruskan usaha…” – Muzakkir (Penuntut IPTA)

“Tidak kurang juga mereka yang menolak untuk menerima pamplet dan risalah, atas alasan sibuk membeli juadah berbuka puasa” – Azran (Penuntut IPTA)

“Terdapat seorang makcik yang bersungguh-sungguh dan menunjuk minat menyumbang kepada Palestin. Bila dapat pamplet sahaja, tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan duit untuk diberikan kepada kami. Padahal kami hanya mengedar pamlet saja. Alhamdulillah..mungkin ini adalah keberkatan bulan Ramadhan” – Hamzi (penuntut IPTA)

Ini merupakan suatu bentuk sumbangan PEMBINA dalam isu Palestin di dalam kesibukan masyarakat Malaysia yang semakin rancak dalam membuat persiapan menyambut Eidul Fitri tidak lama lagi. PEMBINA akan meneruskan komitmen dalam membawa isu Palestin ini ke arus perdana masyarakat Malaysia kerana ini adalah satu isu umum yang memerlukan perhatian bersama seluruh umat Islam amnya

Nasrul Muhaimin

Biro Sukarelawan PEMBINA Terengganu (KT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: