Menghayati Peperangan Badar

P8310263

KUALA TERENGGANU, 31 OGOS 09 – PEMBINA Terengganu Bahagian Kuala Terengganu telah menganjurkan program penghayatan Peperangan Badar. Selain menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52, pada tahun ini juga merupakan ulang tahun yang ke-1482 Perang Badar Qubro iaitu antara peperangan yang terpenting dalam sejarah umat Islam. Walau pun ianya diadakan seminggu awal dari 17 Ramadhan, tetapi ruh dan semangat Badar tetap dirasai. Aktiviti ini telah disertai lebih kurang 20 orang ahli dan sukarelawan PEMBINA di sekitar Kuala Terengganu.

Dengan menghayati peristiwa besar ini, satu simulasi Perang Badar yang melibatkan aktiviti berjalan kaki hampir 5km telah diadakan. Keletihan dan dahaga puasa Ramadhan hampir tidak kelihatan di kalangan peserta walaupun perlu berjalan kaki untuk jarak yang jauh. Simulasi yang disulami dengan penerangan kronologi dan tazkirah berkenaan Perang Badar diharapkan dapat mendekatkan kembali belia kepada sejarah Islam yang kian dilupakan masa kini. Aktiviti yang dimulakan dengan solat Asar berjemaah yang kemudiannya diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.

Peperangan Badar adalah bukti jelas kepada kita bahawa kemenangan atau pertolongan Allah kepada umat Islam itu tidak mustahil. Jumlah yang sedikit bukanlah suatu penghalang untuk kita terus beriltizam beramal dengan amal islami.

“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:249)

Bersama kita hayati firman Allah ayat 123 hingga 125 surah Ali ‘Imran:

123. Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar , padahal kamu adalah  orang-orang yang lemah . Karena itu  bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.

124. ketika kamu mengatakan kepada orang mu’min: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan ?”

125. Ya , jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.

Sabar dan takwa, 2 elemen penting yang pra syarat penting kemenangan. Tentera Islam pada awalnya keluar dari Madinah menuju ke Badar dengan niat memintas barang dagangan milik milik mereka yang diperdagangkan oleh Abu Sufian di Syam. Mereka langsung tidak berniat untuk menghadapi peperangan sebesar Badar. Dengan memiliki kelengkapan yang terbatas, mereka tetap sabar meneruskan peperangan ini juga. Mereka jugamempamerkan ketaqwaan yang begitu tinggi, mengharungi peperangan yang berat sebelah ini hanya mengharapkan keredhaan Allah dan Rasul. Mereka berjuang sepenuh usaha dan tenaga mara ke medan perang dengan hati yang yakin dengan janji-janji Allah. Sekiranya syarat-syarat kemenangan dan pertolongan ini telah dipenuhi  pasti Allah akan mengurniakan pertolonganNYA dari arah yang tidak disangka-sangka.

Soalnya, apakah usaha kita khususnya belia Islam masa kin telah mencukupi dan melayakkan kita menerima kemenangan dari Allah? Haruskah kita berdoa bersungguh-sungguh dan hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan berlakunya keajaiban untuk mengembalikan kegemilangan Islam? Sedangkan Rasulullah sendiri mempersiapkan saf-saf tentera Islam dan mengatur strategi sebelum bertembung dengan musuh Allah dalam Perang Badar. Rasulullah juga berdoa sepenuh hati sehinggakan jatuh serban di kepalanya….Sebagaimana yang dijanjikan Allah, kemenangan Islam itu pasti.  Tetapi kemenangan ini perlu dibina oleh tangan-tangan yang penuh pengharapan kepada Allah

Nasrul Muhaimin

Biro Sukarelawan

PEMBINA TERENGGANU (Kuala Terengganu)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: