Qudwah buat belia

KEPADAMU GENERASI BELIA:  QUDWAH  DALAM DIRI UMAIR BIN SA’AD r.a.

Oleh: Mohd Arshad bin Sa’ari

qudwah

Sesungguhnya usia belia adalah sangat berharga dan banyak cabaran yang akan ditempuhi ketika menyusurinya. Belia yang soleh dan kuat merupakan suatu aset yang sangat besar kepada sesebuah bangsa. Namun, apa yang sudah berlaku pada belia masa kini…? Tidak perlu diulas dengan panjang lebar. Anda semua boleh menilai dengan mata hati masing-masing.

Saya amat tertarik dengan coretan kisah hidup seorang sahabat nabi saw ketika beliau masih muda belia lagi, iaitu Umair Bin Sa’ad. Umar al-Khattob ra mengatakan bahawa “Umair bin Sa’ad merupakan belia yang tiada tolok bandingnya”. Beliau merupakan sahabat yang pintar, amanah, berani, dan memeluk Islam sewaktu umurnya baru mencecah 10 tahun.

Umair bin Sa’ad al-Anshori merupakan seorang anak yatim dan fakir sejak kecil. Namun ibunya telah berkahwin dengan seorang hartawan daripada kabilah Aus iaitu al-Julas bin Suwaid. Dia menjaga Umair dengan baik dan amat menyayangi Umair. Ketika umurnya yang masih mudah, Umair tidak pernah meninggalkan solat berjemaah bersama Rasulullah saw.

Pada tahun ke-9 Hijrah, Rasulullah swa telah menyatakan keazamannya untuk menyerang Rom di Tabuk. Ketika itu musim panas menjelang tiba. Sekalipun begitu, orang Islam tetap menyahut seruan jihad tersebut. Pada suatu hari, iaitu beberapa hari sebelum  keberangkatan angkatan tentera Islam ke Tabuk, Umair kembali ke rumahnya setelah menunaikan solat di masjid. Walaupun usianya muda, semangat beliau begitu berkobar-kobar  untuk berjihad seperti para sahabat yang lain. Namun, Umair berasa hairan dengan sikap lengah al-Julas menyediakan persediaan untuk bertolak bersama-sama Rasulullah saw. Umair ingin membangkitkan keinginan dan semangat dalam jiwa al-Julas. Lantaran itu, beliau mula menceritakan suasana yang dilihat dan didengarinya mengenai semngat sahabat-sahabat nabi yag berkorban menginfakkan sebahagian besar harta mereka. Namun al-Julas seolah-olah tidak mendengar apa yang diceritakan oleh Umair. Tiba-tiba terpancul dari mulut al-Julas satu kalimah yang amat mengejutkan

“JIka benar kenabian yang didakwa Muhammad, kita lebih teruk daripada keldai”

Umair amat terkejut dengan kata-kata al-Julas kerana dengan kata-kata sedemikian dapat mengeluarkan penyebutnya daripada iman dan memasullannya ke dalam kekufuran. Maka timbulllah perasaan berbelah bahagi dalam diri Umair . Jika berdiam diri mengenai al-Julas dan menyembunyikan keadaannya adalah suatu pengkhianatan kepada Allah dan RasulNYA. Jika menghebohkan apa yang didengarinya itu, ia akan menjadi satu penderhakaan kepada seorang ayah, ibarat kacang melupakan kulit.

Lalu Umair berpaling kepada al-Julas sambil berkata, “Demi Allah wahai al-Julas, tidak ada seorang di atas muka bumi  yang lebih saya cintai selepas Muhammad bin Abdullah selain dari kamu. Kamulah orang yang paling saya sayangi. Namun kamu lafazakan kalimah, apabila saya menyebutnya kepada Rasulullah, maka saya akan membeurukkan kamu. Tetapi  jika saya sembunyikan , saya telah mengkhianati amanah. Dengan itu saya membinasakan diri saya dan agama saya. Oleh itu, saya berazam untuk menemui Rasulullah dan menceritakan apa yang telah kamu sebutkan  tadi. Berwaspadalah terhadap diri kamu.”

Umair bin Sa’ad menuju ke masjid lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepada Nabi saw. Kemudian nabi mengutuskan seorang  sahabat untuk memanggil al-Julas. Setibanya al-Julas, Nabi saw memintanya duduk seterusnya bertanya kepada beliau, “ Apakah perkataan yang telah didengar Umair bin Sa’ad dari kamu?”. Lalu al-Julas membela dirinya dengan mengatakan bahawa Umair telah berdusta. Tiba-tiba seorang lelaki berkata, “Seorang budak yang dehaka….dia hanya menyakiti orang yang telah berbuat baik kepadanya”. Nabi saw menoleh kepada Umair. Baginda mendapati muka Umair merah dan air matanya mengalir.

Tiba-tiba tanpa segan silu, al-Julas terus bersumpah, “Sesungguhnya saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya sedikitpun tidak menyebut apa yang disampaikan Umair kepada Nabi”. Kini, mata orang ramai mula tertumpu kepada Umair bin Sa’ad.

Tiba-tiba, turunlah wahyu dan para sahabat pun memahami bahawa Nabi sedang menerima wahyu dari Allah. Setelah kesan wahyu itu hilang dari Rasulullah, Baginda membaca firman Allah.

Mereka  bersumpah dengan  Allah, bahwa mereka tidak mengatakan . Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya , dan mereka tidak mencela , kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat; dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak  penolong di muka bumi. (At-Taubah:74)

Mendengar  firman Allah yang dibaca oleh Nabi itu, al-Julas menggeletar kerana sangat terkejut dan takut dengan apa yang didengarnya. Maka al-Julas terus berkata, “Bahkan saya bertaubat, wahai Rasulullah…. bahkan saya bertaubat, wahai Rasulullah. Umair berkata benar, saya sebenarnya yang berdusta”.

Nabi saw lantas berpaling ke arah Umair, lalu bersabda sambil memegang telinga Umair dengan lembut, “wahai budak lelaki!! Telinga kamu menunaikan apa yang telah didengarinya. Dan Tuhan kamu telah membenarkan kamu”. Semenjak itu al-Julas kembali ke pangkuan Islam dan keislamannya benar-benar utuh.

Begitulah sedikit coretan kisah mengenai Umair bin Sa’ad ynag sangat hebat keimanan dan keperibadiannya. Akhlak seorang belia yang bernama Umair bin Sa’ad ini perlulah dicontohi oleh kita semua. Menurut kisah ini, dapatlah kita simpulkan bahawa betapa kuat dan solehnya akhalak sahabat. Ia juag menonjolkan kebijakan beliau dalam membuat keptusan. “Berani keran benar, takut kerana salah”. Namun bagaimana pula dengan belia-belia kita. Adakah mereka tahu apa itu Islam…?? Adakah Islam mereka hanya pada nama..? Jika Islam pun masih tak kenal, apatah lagi mempunyai keteguhan iman seperti Umair!!

Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada belia masa kini adalah kerana tiadanya tarbiyah Islamiyah yang sempurna dalam diri mereka. Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapa, sebaliknya kita semua perlulah sama-sama memikul tanggungjawab ini kerana demi menyelamatkan belia Islam kita. Bersamalah kita fikir dan renungkan terhadap apa yang telah berlaku ini.

arshad

Mohd Arshad bin Sa’ari

Ahli PEMBINA Terengganu (Kuala Terengganu)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: