Apa kata belia….

Temubual Pembinaterengganu.wordpress dengan salah seorang belia yang sedang menuntut di salah satu IPT di Terengganu

Akhlak-Muslim

PEMBINA TERENGGANU: Pada pandangan saudara, bagaimanakah akhlak belia di IPT pada masa kini?

Dari pemerhatian saya sebagai seorang mahasiswa di IPTA, saya berpendapat bahawa akhlak para belia di IPT pada masa kini amat membimbangkan. Hal ini dapat dibuktikan apabila media tidak putus-putus menyiarkan pelbagai masalah sosial di kalangan muda-mudi zaman sekarang. Antaranya seperti mat dan minah rempit, ragut, rogol, pergaulan bebas, lari dari rumah dan sebagainya. Tak keterlaluan untuk saya katakan bahawa seolah-olah dunia sekarang sudah tidak mempunyai undang-undang. Memang tidak dapat disangkal lagi, umat Islam sendiri kini menafikan undang-undang yang diperintahkan oleh Pencipta Yang Maha Esa. Na’uzubillahiminzalik. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan Allah

PEMBINA TERENGGANU: Apakah cara yang anda fikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah akhlak di kalangan belia?

Antara langkah-langkah ynag boleh dilakukan adalah dengan membina semula kefahaman belia tentang hubungkait antara iman dan akhlak. Di sini saya dapat buat kesimpulan bahawa akhlak yang buruk sebenarnya berpunca daripada iman yang lemah.  Yang kedua adalah menerapkan di dalam jiwa belia untuk sentiasa beramal dengan segala ilmu yang telah dipelajari walaupun sedikit dengan istiqomah. Yang ketiga, adalah dengan melatih diri belia untuk berusaha untuk khusyuk dalam beribadah dan sentiasa berzikir, sesungguhnya hati yang selalu ingat kepada Allah pasti akan mendapat ketenangan.

Maka daripada langkah-langkah ini, para belia akan berasaskan jiwa mereka akan sentiasa subur dan hidup dalam sentiasa mengingati Allah. Sudah tidak ada lagi untuk mereka berasa bosan yang menjerumuskan mereka dalam kancah maksiat yang wajib dijauhi.

PEMBINA TERENGGANU: Apakah aspek yang perlu didahulukan dalam menyelesaikan masalah akhlak ini?

Antara aspek yang perlu didahulukan adalah dengan menerapkan kefahaman yang sangat jelas bahawa Islam yang kita anuti ini adalah  syumul yang mana merangkumi seluruh cabang kehidupan kita termasuklah bagi sebuah kerajaan, undang-udang, masyarakat, induvidu , ketenteraan, ekonomi , sistem sosial, politik dan individu ke arah mencari keredhaan  Allah. Daripada kejelasan  kefahaman ini, para belia dapat melihat segala-galanya adalah ibadah selagi mana memenuhi 2 syarat utama ini iaitu niat dan perlaksaannya. Denag ini mereka dapat membezakan yang mana satu perkara ini benar dan batil. Maka tiadalah budaya pergaulan bebas , “couple”, rempit dan sebagainya. Inilah jiwa pemuda muslim yang kita mahukan untuk meneruskan perjanjian kita untuk  menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini..Allahuakbar

PEMBINA TERENGGANU: Terima kasih kerana meluangkan masa anda. Kami dari Pembinaterengganu.wordpress mendoakan semoga anda dikurniakan Allah kecekalan untuk beriltizam dengan Islam

Sama-sama

Azran

Mohamad Azran Bin Mohamad Azemi

Ahli Pembina Terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: