SUMBER KEKUATAN KITA

Baru-baru ni ada seorang kawan datang dengan wajah kecewa. Dia beritahu yang permohonannya utk berpindah kerja ke Kuala Lumpur (ibupejabat sebuah syarikat minyak) tak di ‘recommend’ oleh pengurus di Kertih. Dia mengomel macam-macam, tak puas hati. Pegangannya, kalau manager dia tak ‘endorse’ utk pindah, memang tak dapatlah dia pindah.

Biasanya proses utk ‘transfer’ ni melalui beberapa peringkat dan kebanyakannya lebih mudah kalau disokong pada peringkat awal oleh ‘immediate superior’  atau manager tempat kerja sekarang.

Saya kata kat dia, buat apa dok harap sangat2 kat manager ni, berharap lah sepenuhnya kepada TUHAN manager. Manager hanya boleh ‘recommend’ dan ‘comment’ saja, namun akhir keputusan semuanya milik Allah. Manager ni pun tak boleh tentukan nasib diri dia sendiri, mana mungkin dia boleh tentukan nasib orang lain (sebab dengar khabar manager ni pun nak dipindahkan juga oleh ‘mobility committee’ sebab dah terlalu lama, walaupun dia kurang setuju). Manager ni pun tak pasti apa yang akan berlaku terhadap karier, nasib dan masa depan dia sendiri, macam mana dia boleh tentukan nasib karier  dan masa depan orang lain..Lebih kurang 60 tahun lalu (tahun 1939), Syeikh Abbas Asisi (meninggal tahun 2004 pada usia 86 tahun) telah diminta oleh Imam Hassan AlBanna utk ‘join’ tentera. Tapi dia ragu-ragu untuk memohon sebab sebelah matanya kabur (rabun), fikirnya, dia tak akan berjaya. Kemudian Imam Albanna berkata Bertawakkallah kepada ALLAH SWT supaya berjaya”. Syeikh Abbas Asisi bertanya “bagaimana aku akan berjaya dalam pemeriksaan doktor padahal mataku dalam keadaan yang demikian (yakni rabun)”. Imam Albanna menjawab “Justeru  kerana itulah aku berkata: bertawakkallah kepada Allah kerana jika matamu sejahtera, kamu akan bertawakkal kepada matamu”.

Pengajaran ini seolah-olah telah menyelinapkan deru iman yang segar dan baru dalam jiwa syeikh Abbas Asisi. Di akhirnya, dia telah berjaya dalam permohonan utk menyertai perkhidmatan tentera di Mesir, semata-mata untuk tujuan da’wah.

Syeikh Abbas Asisi menulis bahawa Inilah dari apa yang kami fahami dari Imam Hassan Albanna tentang hakikat tawakkal iaitu sama sebagaimana yang telah difahami oleh kaum muslimin angkatan pertama (yakni para sahabat Rasulullah SAW). Bahawasanya TAWAKKAL itu ialah berusaha bersungguh-sungguh menurut batas-batas kemampuan manusia kemudian menyerahkan tadbir  itu kepada ALLAH SWT yang menjadi kunci kepada segala kebaikan, segala berkat, segala pemeliharaan dan segala perlindungan, daripada segala kejahatan”.

Syeikh Abbas As sissi

Foto: Almarhum syeikh Abbas Assisi

Seorang engineer, dalam dok ‘troubleshoot’ problem di kilangnya atau mesin2 nya, mengukur keberhasilan kerjanya kepada sejauhamana kepakaran dan pengalaman manusia serta kecanggihan tools dan kelengkapan yang digunakan.

Seorang pelajar, mencongak masa depannya kepada setinggi mana pengajian dan grade nya dalam peperiksaan.

Seorang ayah, mengandaikan kejayaan masa depan anaknya sepenuhnya kepada kecanggihan sekolah yang dipilih, kadar yuran yang dibayar, bahasa pengantar yang digunakan serta dimana anaknya ikut tuisyen.

Seorang suami, melihat bahawa kebahagian hidup keluarganya terletak kepada sebanyak mana harta yang mereka ada, apa status kekayaan keluarga mereka, dimana dia bekerja, berapa pendapatannya sebulan, apa jenis kereta dan rumah yang mereka diami dan sebagainya.

Persoalannya…dimanakah ALLAH, Rabb (Tuhan) yang mentadbir dan menguasai alam ini, dalam hati, pegangan, kerja dan amal harian kita.

clip_image002

Berkata Syeikh Mahdi Akif Sesungguhnya kehidupan kita seluruhnya –dengan apa yang ada di dalamnya dan siapapun yang ada di dalamnya- harus menyerahkannya hanya kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa, tidak melangkahkan satu kaki pun dan tidak bekerja dengan satu pekerjaan pun kecuali ada perasaan adanya Allah di hadapan kita..”

Katanya lagi:

Tawakal -> menggunakan sebab-sebab dan menggelorakan keinginan..
Tawakal -> mengikat dengan sebab-sebab dengan penyebabnya dan bergantung hanya kepada Allah dan kembali kepada-Nya..
Tawakal -> dapat mendekatkan diri kepada Allah dan Allah ridha kepada kita.
Tawaka ->  merupakan prasyarat kemenangan dan kedudukan serta kekuasaan.
Tawakal tidak mewariskan tawaakal (berserah diri kepada Allah tanpa diiringi usaha)

Firman ALLAH SWT:

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلاً

“(Dia-lah) Tuhan masyrik dan Maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Maka ambillah Dia sebagai Pelindung”. (Al-Muzzammil:9)

قُلْ هُوَ الرَّحْمَنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا

“Katakanlah: “Dia-lah Allah yang Maha Penyayang Kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah Kami bertawakal. kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Mulk:29)

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“(Dia-lah) Allah tidak ada Tuhan selain Dia. dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakal kepada Allah saja”. (At-taghabun:13)

وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali”. (Huud:88)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan”. (Al-Fatihah:5)

وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ

“Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan”. (Huud:123)

clip_image003

2 Responses

  1. Jzkk. aritikel yang bagus.
    harap moderator boleh fikir cara yg lebih kreatif utk sebarkan artikel ini kepada mereka2 di luar sana.

    1 komen dr saya: font utk ayat2 al-quran kurang jelas. harap perbaiki pd masa akan dtg

  2. Jzkk akh Azmir. Insyallah situs akan diperbaikan dari semasa ke semasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: