CERAMAH KERJAYA DI POLITEKNIK DUNGUN

Dungun, 5 May 2009 – Tepukan gemuruh hampir 700 orang pelajar di akhir sesi ceramah kerjaya ini menandakan bahawa mereka telah bersedia bersungguh-sungguh untuk memasuki ke alam pekerjaan sebenar.

Ceramah yang telah disampaikan oleh Saudara Syafeq Moazari, AJK PEMBINA Terengganu ini, telah menambahkan pengetahuan, motivasi dan semangat mereka sebelum mula mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari hampir 2 tahun di sini. Meskipun ia hanya latihan industri yang akan dilalui selama 4 bulan, namun ia cukup besar maknanya bagi para pelajar. Ia adalah permulaan kepada perjalanan mereka yang amat jauh.

Ceramah Kerjaya di Politeknik Sultan Mizan, Dungun

Perkongsian ilmu dan pengalaman di alam pekerjaan khususnya di dalam industri minyak & gas, kuiz serta sesi soal jawab yang aktif telah menggamatkan Dewan Kuliah Utama, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun pada malam itu.
Kehadiran Timbalan Pengarah PSMZA dan para pensyarah dalam sesi itu juga telah menyuntik semangat dan galakan kepada para pelajar untuk membuat yang terbaik dan terus membawa nama baik PSMZA di alam pekerjaan nanti.
Pihak PEMBINA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah, Timbalan Pengarah dan para pensyarah dan Pegawai di PSMZA khususnya Encik Ahmad Tarmizi B Mohd, Pegawai Perhubungan & Latihan Industri atas jemputan menyampaikan sesi ceramah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: