KBAZ… potensi belia ke arah pembangunan ummah

Tanggal 9 Mei 2009 yang lalu, PEMBINA telah mencatat satu dimensi yang baru dalam memacu aktivisme belia dan masyarakat umumnya berkenaan isu Palestin. Penganjuran KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS atau nama singkatannya KBAZ telah berjaya menarik perhatian umum walaupun isu Palestin telah mula dilupakan oleh masyarakat amnya. Hampir 70% peserta terdiri dari golongan belia dari seluruh pelusuk negara telah hadir dengan suatu kesedaran dan kencendurungan yang jelas terhadap isu yang menyentuh perihal umat Islam. Ini merupakan suatu petanda yang jelas masyarakat kita belum lagi ketandusan golongan belia yang bakal membawa perubahan kepada nasib umat ini.

Dewan Merdeka PWTC telah dibanjiri 3000 hadirin
Dewan Merdeka PWTC telah dibanjiri 3000 hadirin

Agenda Zionis yang merupakan suatu perancangan musuh-musuh Islam yang dirancang dengan penuh teliti dan strategik . Palestin tidak hanya jatuh ke tanagn Zionis melainkan iannya sudah dirancang selama 50 tahun sebelum negara haram Israel diisytiharkan pada 1948. Sejarah pasti akan berulang dan sunnah Allah akan memainkan peranannya sekirannya syarat-syarat kemenangan telah dipenuhi. Begitulah jua dengan pembebasan Baitul Maqdis (Palestin), perlu mengikut tertib dan perancangan yang teratur. Seperti mana pembebasan Baitul Maqdis yang telah ditunjukkan oleh Umar al-Khattab dan Solahuddin al-Ayubi apabila usaha mereka sebenarnya telah bermula dari Rasulullah saw dan Imam al-Ghazali lagi. Membangkitkan belia dengan akidah dan kefahaman Islam yang sebenar

KBAZ...pengalaman yang sungguh luar biasa
KBAZ…pengalaman yang sungguh luar biasa

Bagi rombongan PEMBINA Terengganu ke KBAZ, ia merupakan satu pengalaman yang sungguh luar biasa. Jika sebelum ini Dewan Merdeka PWTC begitu sinonim dengan perhimpunan agung parti politik dan juga konsert serta acara hiburan yang lain, kali ini dewan yang besar ini menjadi tempat dianjurkan suatu konvensyen yang belum pernah diadakan lagi seumpamanya di Malaysia. Mengapa tidak program-program sebegini sepatutnya dipandag sebagai  program kelas pertama yang mendapat liputan yang meluas?

Sebahagian dari peserta rombongan PEMBINA Terengganu
Sebahagian dari peserta rombongan PEMBINA Terengganu

Rombongan PEMBINA Terengganu telah memulakan perjalanan seawal 6 petang Jumaat 8/5/09 dari Kuala Terengganu. Rombongan ini disertai seramai 40 peserta yang rata-ratanya merupakan para belia dari IPT-IPT sekitar Terengganu. Tiba di Kuala Lumpur seawal 3 pagi, para peserta telah berhenti berehat di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Dengan mendaftarkan diri awal di PWTC pada pukul 8 pagi, rombongan PEMBINA Terengganu merupakan antara kumpulan peserta pertama yang dibenarkan memasuki Dewan Merdeka PWTC. Semangat dan kesungguhan PEMBINA Terengganu jelas dilihat apabila rata-rata ahli telah memilih untuk duduk dibarisan paling hadapan

Untuk melihat foto-foto menarik sepanjang KONVENSYEN BERAKHIR AGENDA ZIONIS sila layari galeri PEMBINA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: