PEMBINA sambut baik kempen “Satu Suara”

PEMBINA menyambut baik seruan kerajaan dalam menjayakan kempen ‘Satu Suara’ dalam menarik minat belia Malaysia menyertai persatuan.  Kepada belia sekalian, sertailah PEMBINA untuk agama, bangsa dan negara!

Dipetik dari- http://www.kbs.gov.my :

satu-suara-359

SATU SUARA TUBUHKAN PERSATUAN

Kuala Lumpur, 22 Mac – Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menarik minat belia menyertai persatuan menjelang akhir tahun 2009, KBS mengambil langkah bijak dengan menganjurkan Kempen ‘Satu Suara’ Satu Komuniti Satu Persatuan baru- baru ini.Dalam ucapannya, YB Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, “kempen ini bukan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja tetapi akan dirasai sehingga ke kawasan pedalaman dengan sasaran untuk mewujudkan persatuan belia di seluruh komuniti masyarakat terutamanya di kawasan- kawasan yang menjadi tumpuan belia”.

Tambah beliau lagi, “golongan belia harus menjadikan persatuan sebagai batu loncatan kerana melalui persatuan pelbagai pengisisan ke arah melahirkan belia yang berbudaya Malaysia dan berfikiran glokal mampu dilahirkan”, beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kempen Satu Suara Satu Komuniti Satu Persatuan di Kompleks One Utama, Bandar Utama di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS, Yang Berusaha Tuan Borhan bin Dolah dan Ketua Pengarah JBSN, Y. Bhg. Dato’ Hj. Fathul Razi Hj Bakri.

Kempen ini adalah bertujuan untuk mengaktifkan persatuan belia yang sedia ada dan juga bagi membantu kementerian khususnya dalam melaksanakan program- program pembangunan dan aktiviti dengan lebih tepat dan menepati kehendak belia masa kini. Bagi menjayakan kempen ini, KBS mensasarkan golongan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun sebagai kumpulan sasaran utama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: