PEMBINA Terengganu di Politeknik Sultan Mizan Dungun

Dungun, 3 April 2009 – PEMBINA Terengganu dengan julung kalinya telah mengadakan Pameran Palestin 2009 di Politeknik Sultan Mizan, Dungun. Pameran ini diadakan bersempena Hari kebudayaan dan Penyerahan kutipan Palestin.

Pameran bermula pada seawal pukul 8 pagi selama sehari dan berakhir sehingga pukul 11 malam. Pameran tersebut telah menarik minat sebahagian besar pelajar Politeknik yang menghadiri sesi ceramah Kerjaya pada waktu pagi dan sesi malam kebudayaan pada waktu malamnya.

Wakil PEMBINA Terengganu bersemangat

Wakil PEMBINA Terengganu bersemangat

 Kemuncak program ialah penyerahan kutipan derma untuk bantuan Palestin. Sejumlah 450 ringgit telah berjaya dikutip sepanjang program tersebut diadakan. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh wakil Pengarah Politeknik Sultan Mizan, Pn Chetra Devi Rawi  kepada wakil sukarelawan Aman Palestin, saudara Mohd NorBakri dengan disaksikan oleh wakil PEMBINA Terengganu, saudara Ikhwan. Program berakhir pada pukul 11.30 malam.

Penyerahan kutipan sumbangan Palestin

Penyerahan kutipan sumbangan Palestin oleh wakil Pengarah Politeknik SMZA

 PEMBINA Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Mizan Dungun terutama saudara Tarmizi merangkap pengarah program Hari Kebudayaan Politeknik Sultan Mizan di atas sokongan dan dorongan dalam menjayakan program kebudayaan dan pameran Palestin tersebut.  

Kerjasama sukarelawan Aman Palestin, wakil PEMBINA Tganu & wakil Politeknik SMZA

Kerjasama antara sukarelawan Aman Palestin, wakil PEMBINA Tganu & wakil Politeknik SMZA

One Response

  1. TAHNIAH!! semoga PEMBINA terus cemerlang dalam usaha memberi ‘value-added’ kepada pelajar-pelajar IPT di Terengganu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: