Keperihatinan warga UDM terhadap isu Palestin…

Pada 6 Februari 2009 yang lepas, PEMBINA Terengganu dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Pusat Islam UDM (Universiti Darul Iman Malaysia) telah menganjurkan Ceramah Penerangan Isu Palestin di Masjid UDM, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran dan penerangan tentang isu Palestin yang bukan hanya menjadi isu kemanusiaan malah sebagai satu isu akidah yang perlu difahami bersama. PEMBINA merasakan bahawa masyarakat khususnya golongan belia perlu didedahkan dengan realiti sebenar isu Palestin supaya lebih banyak sumbangan dan bantuan dapat dihulurkan demi meringankan beban saudara-saudara kita di Palestin

Wakil Aman Palestin memberikan ceramah

Wakil Aman Palestin memberikan ceramah

Perunding dari Aman Palestin Berhad, Ustaz Syed Nazmi telah menyampaikan ceramah penerangan Palestin pada slot yang telah dikhususkan di antara Maghrib dan Isyak. Program yang diadakan bermula dari 7:00 malam sehingga 9:30 malam telah menyaksikan kehadiran yang menggalakkan baik dari penuntut IPT-IPT yang berhampiran mahupun penduduk tempatan.

'Di mana OIC?', laungan pelajar-pelajar UDM
‘Di mana OIC?’, laungan pelajar-pelajar UDM
Pelajar perempuan UDM bersemangat memperjuangkan isu Palestin
Pelajar perempuan UDM bersemangat memperjuangkan isu Palestin

Program ini pada awalnya telah dimulakan dengan perarakkan pelajar UDM yang telah dipimpin oleh Majlis Perwakilan Pelajar UDM. Perarakan ini yang merupakan suatu bentuk bantahan simbolik terhadap keganasan yang berlaku di Gaza telah bermula dari Kampus Akedemik Kusza hingga ke Masjid UDM. Respon yang menggalakkan ini turut diperlihatkan dengan jumlah hadirin yang mendaftar sebagai sukarelawan PEMBINA-AMAN PALESTIN yang ingin turut serta dalam kerja-kerja amal yang berkaitan dengan isu Palestin. Program ini telah dapat mengumpulkan sejumlah kira-kira RM3259.13 yang telah disampaikan oleh wakil pihak UDM kepada pihak Aman Palestin di akhir program tersebut.

PEMBINA Terengganu mengharapkan program-program sebegini yang dapat meningkatkan mengembalikan jatidiri dan izzah belia Islam akan dapat diteruskan.

Pameran Palestin di Masjid UDM
Pameran Palestin oleh PEMBINA di Masjid UDM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: