PEMBINA Terengganu bersama warga Institut Ranaco

Kemaman, 21 Januari – PEMBINA Terengganu IPT telah menjayakan satu program untuk mempromosikan PEMBINA telah diadakan di RETI(Institut Ranaco) Kemaman, disamping memberikan kesedaran & mengutip derma untuk rakyat Palestin di Gaza. Program tersebut bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang yang disertai oleh 11 orang sukarelawan PEMBINA Terengganu. 
 Save Gaza di Ranaco

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti :

-mempromosikan PEMBINA kepada pelajar-pelajar RETI

-melancarkan tabung derma untuk Gaza

-menjual sambil mengutip derma untuk Palestin bagi pihak Aman Palestin

-memberi penerangan tentang kesedaran terhadap isu Palestin

Program tersebut telah menarik minat sebahagian besar warga RETI terdiri daripada pelajar dan pensyarah. Sepanjang program berlangsung, seramai 151 pelajar telah menyatakan sokongan yang padu untuk membantu warga Palestin dengan mengisi borang sukarelawan Aman Palestin. Selain daripada itu, tabung derma untuk rakyat Palestin turut dilancarkan dan berjaya mengutip derma sehingga RM600 termasuk aktiviti jualan. Program berakhir dengan jayanya pada pukul 5 petang. Semoga PEMBINA Terengganu terus cemerlang bersama pelajar-pelajar di RETI.

 RETI 3    RETI 1    RETI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: