Kenapa Israel lari dari Gaza?

 

Askar Israel mengesal

Pada 19 January 2009 (Isnin), TV Salelit Al-Aqsa telah memberhentikan sementara siaran yang sedang berlansung untuk memberi laluan kepada satu temuramah khas secara langsung dengan Abu Ubaidah, jurucakap Briged Izzudin Al-Qassam, sayap ketenteraa Hamas. Antara perkara yang disampaikan ialah:

          Kekuatan yang Israel gunakan untuk menyerang Gaza adalah cukup untuk menawan berdozen-dozen negara lain di dunia ini. (Mengikut laporan dalam akhbar Israel Haaretz.com, Israel menggunakan hampir separuh kekuatannya utk menyerang Gaza yang hanya sebuah genting yang berkeluasan 41 kilometer panjang dan 7 kilometer lebar. pent).

          Ketika mana Israel mendapat bantuan kelengkapan senjata yang banyak dari Amerika, pejuang Palestin hanya menggunakan senjata ‘yang dibuat sendiri’. Tiada bekalan dari Negara-negara Arab yang hanya menyimpan senjata di dalam depot simpanan mereka.

          Beberapa statistic yang mengagumkan pada peperangan 23 hari ini. Antaranya:

o        Hanya 48 orang pejuang Palestin syahid. Tiada langsung yang ditawan.

o        Hamas secara pasti telah membunuh 49 tentera Israel. Ini tidak termasuk jumlah yang sukar untuk ditentukan lantaran keadaan kekalutan peperangan. Maka dianggarkan tidak kurang daripada 80 tentera Israel yang terbunuh. Seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media, iaitu kenyataan dari Israel bahawa hanya 11 tenteranya terbunuh. Itu pun sebab ‘tertembak sesama sendiri’.

Abu Ubidah seterusnya mencabar Israel untuk mendedahkan secara benar kerugian yang mereka alami termasuk ‘satu target yang amat sensitif’ yang telah dibedil oleh Hamas buat pertama kalinya dalam sejarah entity Zionis.

o        Beratus-ratus tentera Israel cedera (yang tidak dapat ditentukan jumlahnya oleh Hamas).

o        Sebanyak 47 kereta kebal Israel dimusnahkan atau rosak. Menembak 4 helicopter serta satu UAV tanpa juruterbang. (Mengikut laporan lain, inilah pertama kali dalam sejarah penentangan Palestin, Hamas menggunakan pelancar roket anti pesawat, dan Israel amat terkejut dan tidak menyangka akan kemampuan Hamas ini).

o        Hamas telah melancarkan 980 bedilan roket dan mortar i.e 354 roket Qassam (buatan tangan), 213 grad rocket dan 422 mortar. Hamas juga telah melancarkan 98 rocket anti keret kebal, meletupkan 79 bahan letupan, 53 operasi tembak tepat, 12 serangan hendap dan 19 pertempuran bersemuka.

o        AsSyahid Rizq Sami telah melancarkan bom dibadannya yang memusnahkan sebuah kereta kebal dan tenteranya di Al-Atatirah, barat Beit Lahiya.

o        Abu Ubaidah menambah bahawa dalam 2 kejadian, Hamas telah berjaya menawan sekumpulan tentera Israel. Namun Israel telah membedil Hamas bersama tawanan tersebut. Israel tidak mahu lebih dimalukan sekiranya tenteranya tertawan.

o        Abu Ubaidah menyebut bahawa, dengan izin Allah, kemampuan rocket Hamas langsung tidak terjejas dan kemampuannya sedang ditingkatkan lagi untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi.

o        Mengikut jurucakap Hamas, ada suatu perkara yang amat memberi kejutan kepada Pejuang Palestine dalam peperangan ini iaitu rupa-rupanya hanya tentera Israel satu-satunya tentera dalam dunia ini yang (umpama) memakai lampin bayi (diapers), mereka tiada semangat dan teramat takut untuk berdepan dengan mujahidin di lapangan.

o        Pesanan mereka kepada Israel ialah: buatlah sesuka kamu. Bawalah senjata kamu. Kami amat tahu bagaimana mendapatkan senjata. InsyaAllah dengan kehendak Allah, kemenangan pasti milik Palestine dan Islam.

Jadi, sekiranya tanpa mendapat tentangan dan kerugian yang dahsyat, amat tak logiklah kalau Israel hanya keluar dan mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak setelah 22 hari menyerang tanpa mencapai sebarang matlamat sekalipun dari peperangan ini iaitu sama ada membebaskan askarnya yang ditawan (Gilad Shalit), menghancurkan Hamas dan beri kekuasaan Gaza kepada Fatah atau menyelesaikan isu Gaza sebelum Obama ambil alih kerusi Presiden Amerika.

Saudara, bila iman berperanan, bukan setakat musuh yang ramai dapat dikalahkan, tapi seluruh alam ini akan tunduk kepada ISLAM. Namun, Iman bukan sekadar angan-angan dan cita-cita, tapi ia lahir dan bergerak berdasarkan kefahaman dan berlari bersama mujahadah. Iman yang mati akan mematikan hati pemiliknya walaupun dia masih hidup didunia ini. Namun iman yang panas, segar dan sentiasa bergerak akan  mampu menggerakkan hati-hati lain yang telah mati dan dunia ini keseluruhannya. Ayuh, perbaharui dan segarkanlah kembali iman-iman kita – jaddidu imanakum. Keajaiban Iman telah tersaksikan di al-Quds…..

 

alqassam victory

2 Responses

  1. SALAM / mohon izin copy / jzklh khoir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: