Dakapan Rindu

Tersentak bangun…..aku teringatkan mereka lagi.  Jam handphone ku menunjukkan pukul  3 pagi. AKu lihat anak lelaki sulungku disisi, sedang terbatuk2 kecil. Nampak macam mengerekot kesejukan. Aku pun tak pasti sama ada aku yang tertidur dulu atau dia yang tertidur dulu. Malam tadi, sambil gosok-gosok belakangnya aku ceritakan kisah nabi Sulaiman, seperti yang dimintanya. ….Antara ‘mamai’, antara sedar dengan tidak, cerita pun terbabas sana sini….last-last…zzzzz…. 

Aku dah ‘berhutang’ dengannya beberapa malam sebab malam kelmarin pun aku balik lewat dari mesyuarat PEMBINA. Seperti biasa, dia akan call, tanya bila nak balik dan cerita  waktu dia nak tidur… aku kata “along tidur dulu, nanti InsyaAllah, ayah habis meeting ni ayah balik la, lukis & cerita kat along”. Bila balik dia dah tertidur, sambil menunggu ku….

Waktu ni musim tengkujuh di pantai timur, cuaca amat-amat sejuk sekali, terutamanya di waktu awal dinihari macam ni. Aku bangkit pergi mencari kain selimut di bilik sebelah. Ku lihat isteriku dan 2 lagi anak lelaki kecil kami, setahun (Ubaidah) dan 4 tahun (Musab)  juga sedang kesejukan….. budak-budak macam tu lah, tidur memang ikut suka hati saja, getus ku. Aku pergi mencari selimut, ku selimuti isteri ku, sekali dengan Ubaidah  yang sentiasa saja disisi ummi nya. Aku ambil satu lagi selimut, ingin ku selimuti pulak si Musab.

Belum pun sempat lembaran selimut jatuh menyelimuti tubuh  Musab, tetiba, airmata ku tumpah berderai-derai…. Mengalir laju….aku tersendu…. Ya Allah, aku teringat lagi mereka… aku rindu mereka…

Apalah nasib kanak-kanak itu yang kini sedang digigit kesejukan… Mereka tidur dalam dakapan rindu, rindu pada emak, ayah dan adik beradik. Mereka diselimuti ketakutan, kesedihan, kerinduan, kebencian….mereka yang kehilangan adik-adik, abang, kakak, ummi, ayah, rakan-rakan….mereka kehilangan tempah berteduh. Mereka hilang segalanya.

Kanak2 Palestin tiada tempat berteduh

Rumah yang menjadi tempat berkongsi kasih sayang dan nostalgia bersama emak & ayah, telah di bom… telah dihancurkan oleh Yahudi laknat dan gila, membawa pergi bersama penghuninya. Mereka yang tinggal hanya menumpang kasih pada yang masih ada untuk tidur pada malam ini. Tidur yang hanya ditemani rakan-rakan & anak-anak yatim senasib….tiada cerita suka. Tiada tawa dan gembira. Tiada siapa yang usap-usap dan belai sehingga tertidur.

Malam ini belum tentu lagi mereka mampu memejamkan mata. Kerana peluru dan roket gila itu tidak bermata, boleh saja singgah dimana-mana… kalau pun boleh tertidur, belum tentu lagi esok mereka akan bangun semula…

Kanak-kanak itu kesejukan lagi  malam ini…sejuk mereka lebih dahsyat lagi dari ketika aku berwudhu diwaktu dinihari tadi. Ya Allah, bantulah mereka, kasihani lah mereka….

Wahai anak-anak ku di Gaza, bersabarlah kalian. Ku harap doa & air mata ini boleh menghangatkan dirimu seketika. Bersabarlah, kerana janji tuhan tetap benar….

kanak2-gaza

One Response

  1. Jika musuh berbaju Israel maka sudah jelas dan mudah untuk diperangi. Namun jika musuh berbaju Islam seperti baju yang dikenakan pemimpin Mesir dan Saudi, itu yang repot, karena banyak muslim yang terperdaya dengan tampilan luar mereka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: