PEMBINA Terengganu di Rapat Umum Selamatkan Gaza

Shah Alam, 10 Januari – PEMBINA Terengganu menghantar wakilnya untuk mengambil bahagian dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran bersama Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Stadium Malawati. Rapat umum yang disertai hampir 10 ribu orang ini diadakan untuk menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang tertindas dan melaungkan penentangan terhadap tindakan ganas Israel.
Rapat umum ini menyaksikan para perwakilan daripada parti politik, NGO dan wakil Gaza menyampaikan pidato-pidato yang kesemuanya menyeru umat Islam di Malaysia agar bangun memberikan bantuan dan sumbangan kepada saudara-saudara seIslam di Palestin. Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman telah membacakan ‘Deklarasi Rapat Umum Selamatkan Gaza’ yang kemudiannya ditandatangani oleh semua perwakilan.

rapat-umum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: