ADA APA PADA PALESTINE..

“We will win the battle in Gaza….” Tergamam seketika membaca headline dalam laman berita online, yang memetik kata-kata Mushir Al-Masri, Penggubal undang-undang Palestin. Terpegun dengan semangat membara orang Palestine yang tak pernah padam sejak negara mereka dirampas dan rakyatnya dizalami, hingga kini mencecah lebih dari 50 tahun.

Palestin

Ketika artikel ni ditulis (1/1/2009), seramai lebih dari 400 orang rakyat Palestine yang tidak berdosa telah terbunuh dan hampir 1,700 lagi cedera. Mereka sekali lagi menjadi mangsa keganasan Rejim negara haram Yahudi apabila jet-jet perangnya memuntahkan peluru-peluru berpandu ke pelbagai sasaran di Gaza selama 6 hari berturut-turut sejak Sabtu lepas (27 Dec 2008).

Antara yang musnah ialah balai polis, rumah-rumah penduduk, bangunan-bangunan serta kubu tentera Hamas. Antara yang musnah juga ialah terowong-terowong rahsia yang menjadi talian hayat penyaluran & penyeludupan makanan dan ubatan oleh Hamas kepada penduduk Gaza, akibat daripada penutupan pintu keluar yang dijaga oleh Israel dan Mesir. Penduduk Gaza ibarat berada dalam penjara terbesar di dunia apabila dipisahkan dari dunia luar sejak tahun 2006, selepas rakyatnya memilih Hamas dalam pilihanraya dan menafikan PLO, yang mendapat sokongan Israel dan Amerika.

Sejak itu, derita mereka bertambah. Mereka menanggung derita kekurangan serba serbi i.e makanan, ubatan, minyak. Mesir, yang merupakan sebuah negara Islam terhampir juga tidak membenarkan laluan pintu Rafah yang dikawalnya daripada digunakan, membiarkan saudara seagama hidup dalam derita dan kelaparan, akibat menurut Israel dan Amerika. Sedih sungguh… Namun mereka tetap thabat (tetap pendirian) dan berjuang demi Agama dan Tanahair.

Palestin

Ramai yang bertanya….untuk apa kita cakna sangat pasal Palestine ni..? Apa istimewanya Palestine kepada kita, umat Islam..? Kenapa la tak habis-habis perang kat sana..? Kenapa la umat Islam yang jumlahnya 1.6 billion ni tak boleh tolong orang Islam Palestine atau hancurkan negara Yahudi yang rakyatnya (jews) hanya lebih kurang 5.5 juta orang saja, yang hanya 0,3% jumlah umat Islam sedunia..?
Rakan-rakan belia yang dikasihi sekelain…mari kita bersabar sejenak dengan meneruskan pembacaan ini. Mari selak sebentar fakta-fakta pasal Palestine, yang kami kutip dari lembaran sejarah yang ditulis oleh darah syuhada’ Palestine, dan sajikan seperti di bawah

KITA DAN PALESTIN
1. Baitul Maqdis (yang barat sebut Jerusalem) adalah termasuk daripada tempat-tempat suci umat Islam selain daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah kerana didalamnya terdapat Masjidil Aqsa yang mulia. Baitul Maqdis menjadi sendi utama bagi aqidah dan ajaran Islam seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallahualaihi wassalam..
2. Allah berjanji bahawa bumi Baitul Maqdis adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan sekitarnya. Perkataan ’barakna’ (yang Kami berkati) disebut sebanyak 6 kali dalam Al-Quran, hanya nak terangkan tentang Palestine dan sekitarnya, menunjukkan betapa seriusnya penekanan Allah terhadap bumi Palestine. AlQuran adalah wahyu dan kalam Allah yang valid sampai bila-bila. Hebatnya bumi ini….
3. Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram di Mekah. Perpindahan kiblat ini berlaku setelah 17 bulan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.
4. Disinilah berlakunya peristiwa Isra’ & Mikraj yang disebut dalam AlQuran dan dibaca sampai hari kiamat. Barangsiapa yang engkar atau ragu-ragu walau satu ayat dalam AlQuran, maka aqidahnya tidak sah.
5. Ia juga adalah tempat lahir atau tempat tinggal para Rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Sulaiman, Salih, Zakaria, Yahya dan Isa. Sebahagian nabi-nabi juga dikebumikan disini.
6. Bumi Jihad. Tersebut didalam beberapa hadis sahih bahawa bumi ini adalah ”penjaga Islam” dan pusat Iman ketika zaman krisis dan huru-hara. Sesiapa yang tinggal didalamnya kerana Islam, maka dia adalah Mujahid/pejuang agama (riwayat al-Tabarani).
7. Ia adalah Tanah Wakaf yang diwarisi sejak zaman nabi-nabi terdahulu dan akan terus menjadi hak Umat Islam sampai bila-bila. Ia tidak boleh diserah atau dirampas oleh sesiapa walaupun sekelumit sekalipun.
8. Palestin adalah pusat strategik politik dunia. Sesiapa yang kuasai Palestin, maka dia sedang mendominasi dunia. Dulu, Empayar Rom (KRISTIAN) kemudian Khilafah Islam (ISLAM), kini polis dunia Israel-Amerika (YAHUDI/KRISTIAN). InsyaAllah, masa depan yang gemilang untuk Islam.

Begitulah hebat dan istimewanya ikatan kita, dengan Masjidilharam dan Masjidil Aqsa, baik dalam hal aqidah mahupun syariah. Kedua-duanya memiliki nilai-nilai agama yang suci yang tidak akan dapat diganti dengan tempat-tempat yang lain walau seinci tanah sekalipun.
Umat Islam akan menjadi amat sensitif seandainya Masjidil Haram yang dilawati oleh jutaan manusia setiap tahun itu dicerobohi dan dihina oleh kafirin. Namun persoalannnya kenapa kita tak sesensitif dan mempunyai perasaan yang sama dengan penghinaan & pencerobohan yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah terhadap Masjidil Aqsa yang mulia ini yang hampir saban hari kisahnya terpampang di dalam berita.

I love Palestine

BEBERAPA PERSOALAN DAN FAKTA RINGKAS
dan kefahaman yang perlu difahami oleh belia Islam:
1. Para Rasul-rasul terdahulu yang berasal dari bangsa (bani) Israel adalah beragama Islam, bukannya Yahudi. Terdapat perbezaan antara Bani Israel dan Yahudi (rujuk AlQuran AliImran: 67).  Bangsa dan agama adalah 2 perkara yang berbeza.
2. Gerakan Zionisme bermula apabila bangsa Yahudi di Eropah (Jerman, Hungary etc) ditindas, dihina dan dibunuh, Theodore Herzl, wartawan Bangsa Hungary mencetuskan idea agar dibina sebuah Negara utk Yahudi. Maka Pertubuhan Zionis Sedunia ditubuh. Kongres pertamanya yang dianjurkan di Basle, Switzerland pada August 1897 telah memilih Palestine sebagai tapak projek mereka.
3. Theodore Herzl pernah nak merasuah Sultan Abdul Hamid (1876-1909) supaya menjual Palestine yang ketika itu dibawah khilafah Islam Uthmaniyah, kepada mereka. Namun ditolak mentah-mentah oleh Sultan.
4. Pada 2 November 1917 (selepas perang dunia pertama), British telah mengisytiharkan melalui Pengsiytirahan Balfour bahawa Palestine adalah ‘national home’ bagi bangsa Yahudi. Sejak itu, berduyun-duyun orang yahudi dibawa masuk dari seluruih dunia.
5. 1. Pada tahun 1917, hanya 56,000 orang atau tak sampai 10% orang yahudi di Palestine. Statistisk terkini (Sept 2008), jumlahnya mencecah 5.5 juta orang (meningkat 9800%). Kini, jumlah rakyat Arab Palestine di dalam Negara Palestin ialah 4.75 juta orang, manakala 4.8 juta lagi luar Negara Palestine (dinegara2 jiran, khemah pelarian). Hampir 1.5 juta berada di Gaza.
6. Melalui, Partisyen PBB tahun 1947, British telah mencadangkan agar Pestine dibahagi dua bahagian. Pada Mei 1948, British telah keluar dari Palestine dan secara rasminya Negara Haram Israel ditubuhkan.

7. Sejak daripada itu, tanpa henti, umat Islam Palestin di usir, dibunuh, dibantai, dirogol, diseksa, ditangkap, dipenjara, dihina, ladang tanaman dimusnah, rumah dibom, diasingkan dengan negara luar, disekat makanan & ubatan dan sejuta macam penderitaan yang amat memeritkan. Jangan lupa, bahawa ramai yang didalam penjara Israel sekarang adalah wanita dah kanak-kanak kecil. Ya Allah…Ampunilah dosa & kealpaan kami…..Ya Allah…

MACAM MANA NAK BANTU
Dicadangkan seperti berikut:
1. Selalulah ikuti perkembangan di Palestine. Antara laman berita online ialah http://www.palestinkini.info, http://www.palestine-info.co.uk . Sebarkan kepada rakan-rakan & kenalan. Cuba bayangkan sekiranya kita berada ditempat mereka, dalam keadaan ketakutan, kesedihan, kelaparan dan kesakitan. Apa perasaan kita sekiranya tiada siapa yang ambil peduli akan ehwal kita yang menderita.
2. Bantulah mereka dengan menghulurkan bantuan kewangan. Mereka hanya memerlukan USD1 (RM3.60) setahun sahaja dari setiap umat Islam. Sila lawati http://www.amanpalestin.com untuk maklumat lanjut.
3. Membaca doa Qunut Nazilah seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Yakinlah, doa adalah senjata orang mukmin yang ampuh. Kita mungkin tidak mampu dan terhalang untuk membantu mereka dilapangan, tetapi kita dapat sampai kepada mereka melalui doa kita yang ikhlas kepada Allah. Semoga ia dapat sedikit menyapu derita yang hinggap diwajah mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: