PEMBINA NOK GI MANE..!!! (edisi 2)

Mari kita sama-sama lihat apakah definisi ISLAM yang sebenarnya yang ingin difahami, dihayati dan diamalkan oleh PEMBINA dalam kehidupan ini. Antara ungkapan yang dapat menggambarkan tentang ISLAM dalam abad terkini ini, ialah apa yang disebut oleh AsSyahid Imam Hassan Al-Banna, seperti berikut:
“ISLAM adalah Din (agama) yang syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. ISLAM adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau Ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yang benar dan ibadat yang sah”

Aqidah yang benar

PEMBINA menyeru kepada aqidah yang benar dan suci daripada khurafat dan bidaah yang dikeji

Selalulah check blog ni utk update penerangan petikan diatas. Selain kefahaman yang sohih, pemuda ISLAM juga dituntut supaya melakukan ibadah dengan sempurna yang bebas daripada bidah, aqidah yang sejahtera yang tidak terpalit sedikit pun dengan hal-hal syirik dan khurafat, yang menjadikan Allah sebagai tumpuan dan rujukannya dalam setiap suasana, yang mampu meletakkan cita-cita dan seluruh hidupnya untuk ISLAM, tubuh badan yang kuat dan sihat, serta jatidiri yang kuat yang mampu berusaha untuk diri sendiri serta membawa kebaikan untuk orang lain.
Maka kita boleh buat apa saja program untuk memenuhi tuntutan tersebut selagi ianya dalam rangka menambahkan kefahaman terhadap ISLAM, menepati syariat serta dapat mendekatkan diri dan orang lain kepada Allah. Kita boleh buat program riadah (physical exercise), rehlah, tamrin/kursus, mukayyam (perkhemahan), berkelah, berenang,  Kuliah ilmu (tafaqquh fiddin), main futsal, Qiamullail, Tadarus, mengembara/jaulah, tracking, pubic speaking, khidmat masyarakat, perbincangan kumpulan, ziarah ulama dan sebagainya.

Islam yang syumul menuntut kita menjadi muslim sepenuh masa, bukannya muslim 'suku-suku'

Islam yang syumul menuntut kita menjadi muslim sepenuh masa, bukannya muslim 'suku-suku'

Marilah sama-sama kita mengecapi hidup ini dengan kebahagian sejati di dunia dan InsyaAllah di akhirat kelak. Hidup dalam keadaan sentiasa mendapat keredhaan Allah. Hidup yang penuh dengan kebahagian kerana saadah (ketenangan hati) itu hanya dapat dikecapi oleh mereka yang dapat mengfungsikan deen (agama) ini dalam hidupnya. Selain daripada yang tersebut itu, hanyalah keseronokan sementara yang ada akhirnya. Kerana kita ini bermula dengan tidak ada, kemudian ada, dan suatu masa nanti jasad kita ini akan dihancur dan ditiadakan oleh Allah, sementara menunggu kebangkitan semula diakhirat kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: