PEMBINA NOK GI MANE…..!!!

Kefahaman Islam yang syumul (menyeluruh) adalah dasar PEMBINA

Kefahaman Islam yang syumul (menyeluruh) adalah dasar PEMBINA

PEMBINA – Singkatan daripada Persatuan Belia Islam Nasional adalah sebuah NGO yang bergerak atas kefahaman ISLAM yang syumul (menyeluruh) dan sempurna. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang PEMBINA buat? apa program PEMBINA? apa dasar PEMBINA? apa matlamat utama PEMBINA?

Jadi sukacita dinyatakan bahawa PEMBINA adalah sebuah NGO  yang terbuka, yang boleh disertai oleh semua masyarakat; khususnya remaja dan belia ISLAM untuk bersama-sama beraktiviti dan berprogram dalam mengisi kehidupan seperti yang dituntut oleh ALLAH SWT, pencipta manusia dan alam ini keseluruhannya.

Dasarnya adalah ISLAM dengan kefahaman yang sahih dan sempurna; kami nak faham dan beramal dengan ISLAM sepertimana yang difahami oleh para sahabat Rasulullah, para tabien, solafussoleh dan ulamak muktabar dulu dan masa kini, kefahaman tulen yang dijaga oleh Allah sampai hari kiamat.

Hari ini, ramai yang telah menjuzukkan ISLAM mengikut kefahaman  yang bercerai-berai, alhasilnya lahirkan segala macam kefahaman yang pelik-pelik dalam masyarakat ISLAM. Ada kata ISLAM hanya perlu bersih hati saja, maka beramai-ramailah pergi suluk/bertapa tanpa hirau yang selainnya. Ada kata ISLAM hanya ibadah khusus sahaja. Tumpuan hanya untuk bincang2 bab Feqah saja, bab solat, puasa, haid, nifas, tayammum saja; selain tu tak payah la sibuk-sibuk. Katanya, kita jaga ibadah kita sudah la.

Ada pula yang telah mensudutkan ISLAM hanya di Masjid, keluar masjid hisap rokok atau cakap kata-kata lucah, no problem. Ambil pinjaman riba, tak sensitif. Beli produk yang jelas-jelas sokong Israel, tak rasa apa-apa. Berhujah secara melampau-lampau (al-baghyu) serta membawa perpecahan dalam masyarakat, dikatanya berprinsip dan amal soleh. Kadang-kadang ada yang bersemangat waja, berdakwah dan bertakbir sampai hilang suara, itu okay la, tapi sedihnya subuh berjemaah surau tepi rumah pun tak pergi. Al-Quran dibuka seminggu sekali. Ada pula yang rajin dan bersemangat beribadah, tapi terpalit pula dengan hal-hal bidaah. Di lain ketika, terlibat pula dengan syirik dan kurafat. Ada masalah at-tiyarah (merasa sial dengan sesutau), at-tiwalah (guna-guna), tamimah (azimat yang syirik) dan sebagainya.

Sebab tu kata Syeikh Abul A’la AlMaududi, orang yang kurang kefahaman melihat wajah ISLAM ni umpama orang yang buta yang tak pernah tengok gajah, satu hari tu cuba nak kenal gajah. Bila sibuta ni gi pegang kat kaki gajah, dia pun buatlah kesimpulan “ooo..rupanya gajah ni  besar dan tegak macam pokok”. Ada seorang buta lagi, bila dia gi raba kat telinga gajah, dia pun buat kesimpulan “oo..rupanya gajah ni macam kipas saja”. Jadi, bila balik, masing-masing meletakkan kesimpulan tersendiri akan wajah sebenar gajah, yang langsung tak tepat. Kadang-kadang ketidaktepatan ini boleh membawa perpecahan, persengketaan, melampau-lampau dalam berhujah dan sebagainya. Baginya, hanya dia yang benar berdasarkan pengalaman hidup dan penafsiran yang dibuat.

bersambung…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: