PEMBINA cawangan Terengganu kini online!!

Persatuan Belia Islam Nasional

Persatuan Belia Islam Nasional

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang solah-olah tiada penghujungnya. PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.

PEMBINA cawangan Terengganu mempunyai harapan yang tinggi agar website ini dapat digunakan oleh belia Islam di Terengganu untuk berkongsi pendapat, bersatu tenaga dan menyelaraskan langkah dalam memperkasakan lagi belia Islam di Terengganu.

7 Responses

  1. Tahniah PEMBINA Terengganu..dah ada blog sendiri!!

  2. alhamdulillah..TAHNIAH..teruskan usaha memartabatkan ISLAM walau dimana berada..

  3. alhamdulillah..TAHNIAH..teruskan perjuangan dalam memartabatkan ISLAM walau di mana jua..

  4. Alhamdulillah……………..

  5. salam..tahniah PEMBINA Terengganu dah ada blog.senang ana nak tau pkmbangan pembina di negeri sendiri..walaupun duk jauh.shukran atas usaha antum semua..

  6. salam…sy nak tnye macam mane nak jd ahli ISMA?borang?bayaran?TQ

  7. Saudara boleh lawati laman web isma di ismaweb.net/v2/. Boleh juga lawati ismaterengganu.wordpress.com atau boleh contact 013-9821983 (nasrul). Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: