Majlis solat hajat beliawanis Pembina Dungun

selamat menempuh peperiksaan

Dungun, 26 Oktober – Pembina Terengganu (Dungun) telah mengadakan majlis solat hajat ringkas bersama dengan beliawanis UiTM kampus Dungun sempana musim peperiksaan akhir semester yang bakal mereka hadapi. Majlis dihadiri oleh sekumpulan pelajar tahun pertama dan kedua daripada Fakulti Perakaunan, Perniagaan dan Perhotelan dan diadakan di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari Siti Nurhazwani Kamarudin. Para beliawanis mula berkumpul pada pukul 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan solat hajat diikuti dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan makan malam bersama. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.

Majlis seumpama ini dianggap sangat penting oleh para pelajar UiTM kerana mengingatkan mereka betapa pentingnya pergantungan usaha manusia kepada Allah swt. Walaupun mereka telah merancang dan berusaha, doa dan tawakal pastinya akan menambah keberkatan dalam usaha murni untuk mencapai kecemerlangan.

PEMBINA Terengganu mengucapkan “Selamat menghadapi peperiksaan akhir Semester” kepada semua belia & beliawanis UiTM. Semoga usaha dan tawakal kalian membuahkan kejayaan di masa hadapan insyAllah.. Continue reading

Majlis Jamuan Raya Beliawanis Pembina Dungun

eid-11Dungun, 29 September – Alhamdulillah, satu majlis jamuan raya ringkas telah diadakan oleh ahli Pembina Terengganu (Dungun) untuk beliawanis UiTM kampus Dungun. Majlis yang diadakan selepas solat Isya’ di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari ‘Ainul Huda Bt Jamil dihadiri oleh 13 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Fakulti Perhotelan.

Continue reading

Salam AidilFitri daripada PEMBINA Terengganu!

Selamat Hari Raya Aidil FitriIkhlas daripada:

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL TERENGGANU

Program Ramadhan PEMBINA Kemaman

5 September 2009, Kemaman- Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya PEMBINA Terengganu telah berjaya mengadakan program agihan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Kemaman. Program telah disertai oleh 4 orang ahli PEMBINA Terengganu dan 17 orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar Ranaco Education & Training Institute.

Program bermula tepat jam 12 tengah hari. Para peserta serta pihak penganjur berhimpun di masjid Geliga Kemaman untuk mendengar taklimat ringkas daripada Saudara Nazri (Pengarah PEMBINA Terengganu) sebelum kesemua mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan. Continue reading

Ramadhan…inspirasi belia terus bersama Palestin

P9070301

KUALA TERENGGANU, 7 September 2009 – Sekumpulan aktivis dan sukarelawan PEMBINA Terengganu (KT) telah menjayakan program amal mengedarkan risalah dan pamplet sumbangan Ramadhan Palestin di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Kira-Kira 1000 risalah berjaya diedarkan dalam masa lebih kurang 1 jam, bermula pada pukul 5:30 petang hingga 6:30 petang. Aktiviti ini telah dimulai dengan solat Asar berjemaah dan diakhiri dengan iftar serta Maghrib berjemaah.

Aktiviti ini bukan saja merupakan pemgalaman baru kepada para aktivis dan sukarelawan, malah mencetus keinsafan mereka terhadap suasana dan penghayatan isu-isu Islam di kalangan masyarakat kita.

Continue reading

Tarikhul Islam : Peristiwa Perang di bulan Ramadhan

soa

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2 peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dgn menyahut seruan jihad Allah. Continue reading

Menghayati Peperangan Badar

P8310263

KUALA TERENGGANU, 31 OGOS 09 – PEMBINA Terengganu Bahagian Kuala Terengganu telah menganjurkan program penghayatan Peperangan Badar. Selain menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52, pada tahun ini juga merupakan ulang tahun yang ke-1482 Perang Badar Qubro iaitu antara peperangan yang terpenting dalam sejarah umat Islam. Walau pun ianya diadakan seminggu awal dari 17 Ramadhan, tetapi ruh dan semangat Badar tetap dirasai. Aktiviti ini telah disertai lebih kurang 20 orang ahli dan sukarelawan PEMBINA di sekitar Kuala Terengganu.

Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.