Posted on November 9, 2009 by Moderator
Bulan November-Disember amat sinonim dengan musim peperiksaan bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi di Terengganu. Selebat air hujan yang turun tanpa henti kebelakangan ini, PEMBINA Terengganu percaya sekuat itu jugalah adik-adik di IPT menelaah pelajaran masing-masing untuk mencapai kecemerlangan akademik. Lebih mencabar apabila study/revision week telah dipendekkan bagi kebanyakan IPT kerana cuti telah diambil di pertengahan semester akibat wabak H1N1. Fasa inilah biasanya adik-adik pelajar akan menghadapi episod mencabar yang bukan sahaja menguji sejauh mana kerajinan adik-adik menghadap buku-buku, soalan-soalan tutorial dan past years papers, tetapi juga menduga emosi dan hati. Dengan silibus dan workload yang sangat banyak sepanjang semester, ujian dan assignment yang tidak berkesudahan, aktiviti ko-kurikulum yang meletihkan, pastinya kebanyakan adik-adik terpaksa menunggu sehingga study week untuk membuat pecutan ulangkaji sebenar.

Read more »
Filed under: Bicara Editor | Tagged: exam, peperiksaan | Leave a Comment »
Posted on November 8, 2009 by Moderator
Kepada para pelajar yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan, pihak PEMBINA ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan. Semoga bermanfaat..


Filed under: Hebahan | Tagged: emosi, fizikal, mental, persiapan peperiksaan, riadah, rohani | Leave a Comment »
Posted on November 7, 2009 by Moderator
6 November 2009, Kemaman – PEMBINA Kemaman dengan kerjasama para aktivis PEMBINA Ranaco telah berjaya mengadakan program kuliah buat kali ke-3 untuk tahun ini. Dipetik dari buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ hasil tulisan Fathi Yakan, Ustaz Zulkifli Ibrahim berjaya mencuri perhatian para hadirin dengan mengkhususkan penyampaian beliau berkisar tentang maksud islam dan akidah yang semestinya setiap muslim fahami.
Kuliah bermula sedari jam 3petang di Dewan Kuliah Ranaco Education and Training Institute. Hujan yang terus mencurah sepanjang tempoh kuliah tidak mengalihkan tumpuan hadirin kepada penyampaian al-Fadhil ustaz.
Banyak pengajaran yang diperoleh daripada sesi tersebut. Antara mutiara yang diperoleh para peserta ialah:
- Seseorang hanya layak bergelar muslim apabila dia mempraktikkan Islam dalam kehidupan.
- Islam tidak seharusnya sinonim dengan masjid dan kuliah-kuliah sahaja. Bahkan, Islam patut dikenali dengan kesempurnaan yang ditonjolkan dalam segala bidang baik agama, politik, sains, ekonomi dan sebagainya.
- Islam sebagai jalan penyelesaian kepada masalah umat. Bukan penambah beban kepada kehidupan sedia ada.
Read more »
Filed under: Aktiviti | Tagged: kuliah bulanan, ranaco | Leave a Comment »
Posted on November 2, 2009 by Moderator
Dungun, 31 Oktober – Buat julung kalinya Pembina Terengganu telah menganjurkan satu seminar kerjaya di Dewan Bestari Sekolah Menengah Sains Dungun,Terengganu yang dihadiri oleh 127 orang pelajar Tingkatan Lima. Seminar bermula kira-kira pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh pengarah program saudara Syafeq Moazari bertajuk ‘What’s Next After SPM’. Sesi seterusnya ialah slot bimbingan kerjaya; kejuruteraan disampaikan oleh saudara Muhammad Ikhwan Ilias; perakaunan disampaikan oleh saudari Siti Nurhazwani Kamarudin; kedoktoran disampaikan oleh saudari Dr Nur Fatiha Kamaruzaman. Sesi penutup di meriahkan dengan tayangan video Pembina Terengganu sebagai pembakar semangat kepada para pelajar untuk turut sama menyertai Pembina pada masa akan datang.
Read more »
Filed under: Aktiviti | Tagged: akaunting, kedoktoran, kejuruteraan, seminar kerjaya, sm sains dungun, spm | Leave a Comment »
Posted on October 31, 2009 by Moderator

Dungun, 26 Oktober – Pembina Terengganu (Dungun) telah mengadakan majlis solat hajat ringkas bersama dengan beliawanis UiTM kampus Dungun sempana musim peperiksaan akhir semester yang bakal mereka hadapi. Majlis dihadiri oleh sekumpulan pelajar tahun pertama dan kedua daripada Fakulti Perakaunan, Perniagaan dan Perhotelan dan diadakan di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari Siti Nurhazwani Kamarudin. Para beliawanis mula berkumpul pada pukul 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan solat hajat diikuti dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan makan malam bersama. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.
Majlis seumpama ini dianggap sangat penting oleh para pelajar UiTM kerana mengingatkan mereka betapa pentingnya pergantungan usaha manusia kepada Allah swt. Walaupun mereka telah merancang dan berusaha, doa dan tawakal pastinya akan menambah keberkatan dalam usaha murni untuk mencapai kecemerlangan.
PEMBINA Terengganu mengucapkan “Selamat menghadapi peperiksaan akhir Semester” kepada semua belia & beliawanis UiTM. Semoga usaha dan tawakal kalian membuahkan kejayaan di masa hadapan insyAllah.. Read more »
Filed under: Aktiviti | Tagged: beliawanis, dungun, solat hajat | Leave a Comment »
Posted on October 5, 2009 by Moderator
Dungun, 29 September – Alhamdulillah, satu majlis jamuan raya ringkas telah diadakan oleh ahli Pembina Terengganu (Dungun) untuk beliawanis UiTM kampus Dungun. Majlis yang diadakan selepas solat Isya’ di rumah salah seorang ahli Pembina iaitu saudari ‘Ainul Huda Bt Jamil dihadiri oleh 13 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Fakulti Perhotelan.
Read more »
Filed under: Aktiviti | Tagged: beliawanis, dungun, jamuan raya | 1 Comment »
Posted on September 27, 2009 by Moderator
Ikhlas daripada:
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL TERENGGANU
Filed under: Hebahan | Tagged: salam aidilfitri | Leave a Comment »
Posted on September 15, 2009 by Moderator
5 September 2009, Kemaman- Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya PEMBINA Terengganu telah berjaya mengadakan program agihan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Kemaman. Program telah disertai oleh 4 orang ahli PEMBINA Terengganu dan 17 orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar Ranaco Education & Training Institute.
Program bermula tepat jam 12 tengah hari. Para peserta serta pihak penganjur berhimpun di masjid Geliga Kemaman untuk mendengar taklimat ringkas daripada Saudara Nazri (Pengarah PEMBINA Terengganu) sebelum kesemua mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan. Read more »
Filed under: Aktiviti | Tagged: kemaman, pembina, ramadhan | Leave a Comment »
Posted on September 8, 2009 by Moderator

KUALA TERENGGANU, 7 September 2009 – Sekumpulan aktivis dan sukarelawan PEMBINA Terengganu (KT) telah menjayakan program amal mengedarkan risalah dan pamplet sumbangan Ramadhan Palestin di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Kira-Kira 1000 risalah berjaya diedarkan dalam masa lebih kurang 1 jam, bermula pada pukul 5:30 petang hingga 6:30 petang. Aktiviti ini telah dimulai dengan solat Asar berjemaah dan diakhiri dengan iftar serta Maghrib berjemaah.
Aktiviti ini bukan saja merupakan pemgalaman baru kepada para aktivis dan sukarelawan, malah mencetus keinsafan mereka terhadap suasana dan penghayatan isu-isu Islam di kalangan masyarakat kita.
Read more »
Filed under: Aktiviti | Tagged: aktivis, amal, kuala terengganu, palestin, pembina, ramadhan, sukarelawan, sukarelawan pembina | Leave a Comment »
Posted on September 4, 2009 by Moderator

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2 peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dgn menyahut seruan jihad Allah. Read more »
Filed under: Ehwal Muslimin, Tazkirah | Tagged: ain jalut, andalusia, perang ahzab, perang badar, perang salib, peristiwa perang, qadisiyyah, yakhliz | Leave a Comment »